Beberapa kepingan siling masjid Az-Zahra di Bandar Springhill, Port Dickson dilaporkan runtuh awal pagi ini, namun tiada sebarang kecederaan direkodkan.
Penguasa Kanan II Bomba dan Penyelamat Port Dickson Abd Rahim Atan berkata kejadian disedari jemaah masjid itu sebaik selesai solat subuh.
"Kami menerima panggilan kecemasan pada 8.54 pagi dan mengejarkan enam anggota ke lokasi kejadian. Sejurus sampai, dari luar masjid kami mendapati kubahnya telah condong ke kiri manakala separuh daripada genting masjid terjungkit. Di ruangan solat pula, kami mendapati beberapa keping siling masjid telah runtuh.
"Jadi tindakan segera yang diambil adalah memaklumkan kepada pengerusi masjid bahawa ruangan solat itu tidak selamat untuk digunakan jemaah buat sementara waktu kerana kami bimbang kubah masjid tersebut runtuh," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata kes itu, bagaimanapun diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyiasat punca kejadian.
Anggota jawatankuasa masjid berkenaan Khairi Salleh berkata kejadian itu berlaku ketika jemaah menunaikan solat subuh pada rakaat pertama.
"Ketika itu saya terdengar bunyi yang sangat kuat di belakang kami seperti bunyi mercun. Kami bagaimanapun terus menghabiskan solat dan kemudiannya melihat beberapa kepingan siling masjid telah runtuh.
Pihak JKR telah menghantar jurutera terlibat untuk memeriksa keadaan dan hasilnya mendapati kubah masjid itu telah condong satu setengah kaki ke kiri bangunan.
"Beliau menasihati supaya ruangan solat itu tidak digunakan untuk sementara sebelum ia diperbaiki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2017

Pihak JKR telah menghantar jurutera terlibat untuk memeriksa keadaan dan hasilnya mendapati kubah masjid itu telah condong satu setengah kaki ke kiri bangunan. Gambar Facebook Masjid Bandar Springhill
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Siling masjid Bandar Springhill runtuh
Penguasa Kanan II Bomba dan Penyelamat Port Dickson Abd Rahim Atan berkata kejadian disedari jemaah masjid itu sebaik selesai solat subuh.