Hampir 20 keping papan siling di bahagian hadapan Klinik Dermatologi di Kompleks Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh runtuh hari ini.
Kejadian di tingkat satu kompleks itu disedari oleh pengawal keselamatan bertugas pada kira-kira pukul 6 pagi. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilapor.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kejadian berpunca apabila siling tidak mampu menampung beban sejumlah saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon dan ICT.
"Pihak hospital telah meminta siling itu dibaiki dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap petang ini. Kos akan ditanggung oleh pihak hospital. Pihak hospital juga akan memeriksa di bahagian lain bagi mengelak kejadian serupa berulang," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan kejadian.
Beliau berkata kompleks itu siap dibina pada 1994 dan telah 18 tahun menyediakan perkhidmatan perubatan pakar.
"Walaupun sudah 18 tahun usia kompleks ini, kejadian seperti ini memang tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Seorang penyelenggara HRPB yang enggan dikenali berkata saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon, Internet dan ICT sepatutnya dipasang secara sistem 'trunking' pada ruang atas siling berkenaan.
Ini kerana sistem itu dapat menampung kabel yang banyak pada pemasangan yang besar atau pihak kontraktor yang memasang kemudahan itu perlu menggunakan 'bracket' bagi memastikan beban paip tidak ditampung sepenuhnya oleh siling berkenaan, katanya.
Beliau yang sedang memulakan kerja pembaikan siling itu, berkata saluran paip kabel telefon, Internet dan ICT itu dipasang oleh kontraktor luar yang dibayar oleh hospital tanpa melalui mereka sebagai pihak kontraktor penyelenggaraan rasmi hospital berkenaan.
Bernama
Wed Oct 31 2012
AWANI Pagi: Pandu pencipta kandungan, media kreatif berasaskan prinsip Islam
Bersama Prof. Madya Dr. Rosmawati Mohamad Rasit, Ketua Projek, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, UKM membincangkan mengenaipenciptaan kandungan serta media kreatif bersandarkan prinsip Islam serta syariah.
Pembunuhan Hassan Nasrallah, tindakan biadab rejim Israel
Malaysia menyifatkan pembunuhan kejam pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah, sebagai satu tindakan biadab rejim Israel.
Hannah harap kejayaan Para SUKMA 2024 jadi inspirasi daftar anak OKU
Menurut rekod, hanya 700,000 kad OKU dikeluarkan setakat ini sedangkan dianggarkan lebih empat juta OKU masih belum berdaftar.
Gema suara Malaysia sampaikan isu di pentas dunia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap peningkatan gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang menyasarkan golongan minoriti, terutamanya melibatkan umat Islam.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap peningkatan gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang menyasarkan golongan minoriti, terutamanya melibatkan umat Islam.
Hubungan Malaysia-Mesir diperkukuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini - Menteri Luar Mesir
Abdel Aati menyatakan harapan agar hubungan dua hala antara kedua-dua negara akan terus berkembang dan memupuk kerjasama yang lebih erat.
Suara Malaysia merentasi pelbagai isu di pentas badan dunia
Bersama wartawan Astro AWANI yang berada di New York bagi membawakan laporan berkenaan UNGA ke-79.
UNGA 79: Malaysia cadang PBB lantik Wakil Khas tangani isu Islamofobia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Tingkatkan penglibatan negara Selatan Global dalam agenda dunia
Malaysia menyeru ke arah meningkatkan penglibatan negara Selatan Global (Global South) dalam tadbir urus global, pembiayaan Pembangunan dan tindakan iklim. Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, suara negara-negara membangun tidak boleh lagi diabaikan.
UNGA 79: Isu Laut China Selatan jadi fokus Malaysia
Malaysia bersedia mempengerusikan ASEAN pada 2025 dan komited mengukuhkan peranan blok serantau dalam memacu masa depan rantau Asia Pasifik dengan daya tahan, keterangkuman dan mengekalkan keamanan serantau di tengah-tengah ketidaktentuan global.
ASEAN: Malaysia komited perkukuh peranan blok serantau
Malaysia bersedia mempengerusikan ASEAN pada 2025 dan komited mengukuhkan peranan blok serantau dalam memacu masa depan rantau Asia Pasifik dengan daya tahan, keterangkuman dan mengekalkan keamanan serantau di tengah-tengah ketidaktentuan global.
Siling Kompleks Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun runtuh
Hampir 20 keping papan siling di bahagian hadapan Klinik Dermatologi di Kompleks Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh runtuh hari ini.