Sebahagian siling kapur di ruang pameran Planetarium Melaka runtuh dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Ayer Keroh di sini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Planetarium Melaka Sdn Bhd, Datuk Mohd Ariff Shah Abdullah Sani berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 tengah hari itu, pusat pelancongan berasaskan pendidikan itu dibuka kepada orang awam namun tiada pengunjung ketika insiden berlaku.
Juga tiada pekerja premis itu yang terlibat.
Beliau berkata sejurus insiden tersebut berlaku, premis yang dirasmikan pada 2009 itu ditutup serta-merta sebagai langkah keselamatan awal kepada pengunjung dan pekerja.
"Saya telah membuat laporan polis dan bomba. Anggota bomba pun telah hadir ke lokasi untuk melihat tempat kejadian dan kita bersetuju bangunan Planetarium Melaka ini ditutup sementara sehingga siasatan pihak bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai.
"Siasatan lanjut telah diserahkan kepada pihak bomba dan JKR.
Kenyataan seterusnya hanya akan dikeluarkan selepas siasatan selesai, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hamdan Sudin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.41 petang bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila dinding pada bahagian kubah premis itu runtuh dan menghempap bumbung serta siling.
"Akibat runtuhan itu, bahagian belakang ruang pameran mengalami kerosakan teruk apabila terkena struktur yang runtuh namun tujuh pekerja yang berada di dalam premis berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018

Keadaan di ruang pameran Planetarium Melaka yang terjejas akibat ribut. - Bernama

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Planetarium dinaik taraf sebagai pusat setempat pelancongan Melaka
Nilai pelaburan pembangunan pusat itu membabitkan kira-kira RM300 juta dan dijangka siap menjelang Disember depan.

Siling kapur ruang pameran Planetarium Melaka runtuh
Sebahagian siling kapur di ruang pameran Planetarium Melaka runtuh dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Ayer Keroh di sini hari ini.