Kaum Melayu, khususnya golongan muda perlu mengubah pemikiran yang terlalu bergantung kepada keistimewaan diberi kerajaan.
Mereka sebaliknya hendaklah mempercayai kebolehan diri supaya mampu menjadi pesaing hebat dengan golongan lain, demikian tegas bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau berkata, berkata kebergantungan dengan keistimewaan ini dilihat menggugat kemampuan kaum Melayu bersaing di arus globalisasi yang semakin mencabar.
Katanya, keadaan kehidupan kaum Melayu pada masa ini juga sudah berubah berbanding zaman dahulu di atas usaha kerajaan meningkatkan keupayaan mereka dalam ekonomi negara, termasuk mengimbangi kedudukan sosial kaum itu dengan kaum-kaum lain.
"Bagaimanapun, corak pemikiran kaum Melayu saja yang masih bergantung kepada 'tongkat' (keistimewaan) yang disediakan, malah sekarang ini ia dilihat sebagai 'excess baggage' - sesuatu yang kita bawa dari dahulu hingga sekarang.
"Masih ada lagi yang nak juga 'tongkat' itu walaupun (keadaan) dah elok...kita dah elok, nak minta lagi," katanya.
Rafidah berucap melancarkan buku edisi kedua 'Liberating The Malay Minds' (Membebaskan Minda Melayu) oleh Dr Mohammad Bakri Musa, pakar bedah di Amerika Syarikat di sini hari ini.
Rafidah berkata kaum Melayu sepatutnya bersedia untuk berubah demi kemajuan bangsa daripada bergantung kepada pihak lain.
Beliau berkata semua pihak, terutama ibu bapa perlu memastikan generasi muda diasuh supaya mampu berdikari untuk mencapai kejayaan.
"Asuhan bermula dari rumah hingga masuk ke dalam masyarakat dan ia amat penting kerana perkara inilah yang menentukan nilai dan persepsi seseorang individu itu," katanya.
Beliau berkata, "Penerapan 'collective nurturing' terhadap corak pemikiran itu sangat penting supaya minda kita dapat 'recalibrate' demi kemajuan negara."
Sementara itu, Dr Mohammad Bakri, 72, berkata corak pemikiran kaum Melayu kebanyakannya dilihat masih dibelenggu dengan acuan terdahulu walaupun ada di antara mereka kini lebih terbuka dengan perubahan semasa.
Orang Melayu sepatutnya mengambil peluang untuk memerdekakan minda... memandangkan fitrah manusia mahu 'membebaskan diri' daripada terus terkurung di takuk lama, katanya.
Dr Mohammad Bakri berkata kaum Melayu boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu golongan yang berfikiran luas, hasil daripada pembacaan serta keterbukaan terhadap perubahan dunia, dan satu lagi golongan yang masih
'terkurung' minda mereka.
Bagaimanapun anjakan paradigme harus dipantau dan dikawal bagi memastikan tiada impak negatif terhadap evolusi tersebut supaya kaum Melayu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang pendekatan dalam membentuk sebuah bangsa yang maju, katanya.
"Apa yang kita mahukan adalah perubahan (minda) yang dikawal. Maksudnya, apabila tempurung yang terlangkup diterbalikkan, orang kita bersedia untuk menerima evolusi.
"Kawalan ini penting kerana kita tidak mahu pula nanti apabila datangnya perubahan, masyarakat terkejut dan sukar terima menyebabkan mereka kembali berkurung di bawah tempurung yang lain pula," katanya.
Bernama
Sat Jan 30 2016
Rafidah Aziz (kanan) ketika majlis pelancaran Buku 'Merdeka Minda Melayu' dan 'Liberating The Malay Mind' tulisan Dr M Bakri Musa (kiri). -fotoBernama
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Sikap terlalu bergantung gugat kemampuan orang Melayu di arus globalisasi - Rafidah
Kebergantungan dengan keistimewaan ini dilihat menggugat kemampuan kaum Melayu bersaing di arus globalisasi yang semakin mencabar.