Pemberian sijil lahir kepada anak warga asing yang lahir di Sabah bukan pengesahan sebagai warganegara, kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendafataran Negara (JPN) Sabah Jainisah Mohd Noor.
Katanya, biarpun setiap kelahiran wajib didaftarkan dengan JPN, penentuan status warganegara adalah berdasarkan undang-undang, termasuk pengiktirafan perkahwinan ibu bapa di negara ini.
"Ramai yang menganggap anak warga asing yang memiliki sijil lahir JPN mendapat taraf warganegara secara automatik. Sebenarnya, ini tidak tepat.
"Sijil lahir yang diberikan sebenarnya tidak mengiktiraf anak warga asing sebagai warganegara. Tetapi sijil itu hanya sebagai akuan anak tersebut dilahirkan di negara ini," jelasnya pada taklimat media bertajuk "Evolusi Kad Pengenalan dan Sijil Lahir di Sabah" anjuran bersama Jabatan Penerangan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri dengan JPN Negeri di sini Khamis.
Jainisah berkata anak pasangan warga asing boleh diiktiraf sebagai warganegara jika pasangan berkenaan bertaraf pemastautin tetap dan perkahwinan mereka diiktiraf di Malaysia.
Taraf warganegara juga diberikan kepada anak yang dilahirkan kepada pasangan berlainan kewarganegaraan dengan syarat seorang daripadanya merupakan warganegara dan perkahwinan mereka diiktiraf di Malaysia, katanya.
"Bagi anak yang dilahirkan kepada pasangan berlainan kewarganegaraan yang mana perkahwinan mereka tidak diiktiraf (di negara ini), anak itu menjadi warganegara jika ibunya adalah warganegara.
"Lain pula jika bapanya yang warganegara (bagi perkahwinan tidak diiktiraf), anak itu dianggap warga asing kerana kita melihat tanggungjawab anak adalah pada ibu yang melahirkannya," jelasnya.
Bernama
Thu Feb 21 2013
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Sijil lahir bukan pengesahan warganegara bagi anak warga asing
Pemberian sijil lahir kepada anak warga asing yang lahir di Sabah bukan pengesahan sebagai warganegara, kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendafataran Negara (JPN) Sabah Jainisah Mohd Noor.