ROMPIN: Kerajaan negeri Pahang merancang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas tempoh darurat tamat Ogos ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata, Speaker DUN Pahang Datuk Seri Ishak Muhamad juga akan memohon menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi mendapatkan perkenan baginda.
"Kita sudah bersedia untuk kembali bersidang kerana banyak isu rakyat yang perlu dibincangkan, selepas lama tidak bersidang, tetapi sudah tentu persidangan tidak berlangsung dalam tempoh darurat.
"Kita tidak bercadang bersidang secara maya, sebaliknya akan melakukannya secara fizikal dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kerana ia berlangsung dalam Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Marina Awam Pulau Tioman dan Kampung Genting hari ini, yang dibuka sejak Isnin lalu bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Pulau Tioman, melibatkan suntikan vaksin kepada 1,700 penerima.
Berdasarkan perancangan asal, persidangan DUN Pahang dijadual berlangsung selama lima hari bermula 16 Ogos.
Wan Rosdy berkata, tidak ada masalah untuk wakil rakyat bersidang secara fizikal di Wisma Sri Pahang, Kuantan memandangkan perkara itu pernah dilakukan, mengambil kira kali terakhir ia berlangsung ialah pada November 2020 semasa Pahang berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketika itu, jumlah kehadiran dalam persidangan DUN adalah terhad, menyebabkan kehadiran ketua jabatan tidak dibenarkan, selain aspek penjarakan fizikal dibuat pada kedudukan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri dengan pemasangan cermin pemisah, serta mewajibkan pemakaian pelitup muka sepanjang masa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021

Kerajaan negeri Pahang merancang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas tempoh darurat tamat Ogos ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Gambar fail/Astro AWANI

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Pahang nafi abai Cherating, tidak seimbang promosi destinasi pelancongan
Pahang menafikan berlakunya ketidakseimbangan promosi beberapa destinasi pelancongan di negeri berkenaan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.