SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula 18 April ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata persidangan tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 21 Mac lepas terpaksa ditangguhkan susulan Yang Dipertua DUN Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalannya Datuk M. Ravi serta 23 petugas dewan disahkan positif COVID-19.
"Antara agenda dalam persidangan tersebut ialah pembentangan dua rang undang-undang (RUU) iaitu RUU Pemegangan Tanah Adat 2022 dan Penggubalan RUU Majlis Perbandaran Jempol 2022," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri turut bercadang mengadakan persidangan DUN secara hibrid mengikut keperluan selepas ini dalam menghadapi sebarang kemungkinan sehingga menyebabkan persidangan terpaksa ditangguh terutama ketika berdepan COVID-19.
Aminuddin bagaimanapun berkata perkara itu masih dalam peringkat perancangan dan perlu diperhalusi serta ditambah baik terlebih dahulu sebelum dibawa kepada jawatankuasa DUN dan dipersetujui kesemua Ahli DUN.
"Kita tak tahu masa depan, dengan adanya langkah itu ia lebih memudahkan supaya DUN dapat dilaksanakan walau apa keadaan termasuk bencana dan COVID-19, kita tak mahu (sidang DUN) tertangguh. Kita kena bersedia cepat...tapi lebih baik diadakan bersemuka," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata terdapat beberapa pihak termasuk Yayasan Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam negeri yang mempunyai peruntukan tertentu bagi membantu pelajar kurang berkemampuan termasuk pemberian komputer riba untuk pembelajaran.
"Kita sedia maklum, mana-mana pelajar yang memerlukan, (kita akan beri). Daripada apa yang kita lihat memang dia (pelajar) itu layak menerima sumbangan yayasan negeri tetapi maklumat tak sampai kepada kita, tapi kita akan siasat...kita minta jangan tularkan lagi video itu kerana beri imej buruk kepada kedua-dua pihak," katanya.
Beliau mengulas mengenai video tular berdurasi seminit 45 saat hari ini memaparkan seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) didakwa memarahi pelajarnya yang dilaporkan berasal dari Seremban kerana tidak memiliki komputer riba ketika menjalani sesi pembelajaran dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Kerajaan negeri turut bercadang mengadakan persidangan DUN secara hibrid mengikut keperluan selepas ini.- Gambar fail/BERNAMA
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Kerajaan terus perkasa agenda bagi memudahcara perniagaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkasa agenda bagi memudahcara perniagaan (Ease of Doing Business).
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
1.5 penjawat awam tahu kadar gaji baharu hari ini
Lebih 1.5 juta penjawat awam di negara ini akan mengetahui kadar gaji baharu masing-masing apabila berita gembira itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri di PICC, hari ini.
Presiden Palestin umum bakal lawat Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan bahawa beliau merancang untuk melawat Semenanjung Gaza, walaupun serangan Israel yang telah membunuh lebih 40,000 orang setakat ini masih berterusan.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Parlimen Thailand putuskan siapa PM baharu
Parlimen Thailand hari ini akan bersidang bagi bagi mengadakan mesyuarat khas memilih seorang Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, Rabu lepas.
Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry
Defendan mengambil kesempatan daripada isu ketagihan Perry untuk meraih kekayaan bagi diri mereka.
Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel
"Saya mengumumkan kepada anda dan dunia bahawa saya telah memutuskan untuk pergi ke Semenanjung Gaza bersama semua pemimpin Palestin."
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
Sidang DUN N. Sembilan dijadualkan 18 April - MB
Persidangan tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 21 Mac lepas terpaksa ditangguhkan susulan Yang Dipertua DUN dan Timbalannya positif COVID-19.