Malaysia akan mempertingkatkan kawalan keselamatan negara menjelang mesyuarat sidang kemuncak ASEAN pada minggu depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau memberi jaminan keselamatan kesemua ketua negara yang akan menghadiri sidang kemuncak itu adalah terpelihara.
"Dalam hal ini, polis berada bukan sahaja di tahap siap siaga, tetapi kita menambah kekuatan terutamanya minggu depan Malaysia akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN.
"Kami telah melipatgandakan tahap keselamatan pemimpin-pemimpin ASEAN luar negara yang berada di negara kita," katanya pada sidang media penjenamaan Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Ahmad Zahid membuat penegasan itu berikutan kebimbangan sidang kemuncak itu akan menjadi sasaran serangan susulan insiden keganasan di Paris yang mengorbankan lebih 100 nyawa.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang mengenai keselamatan mereka kerana pasukan keselamatan negara mempunyai keupayaan untuk mengekang sebarang ancaman.
"Saya memberi jaminan kepada rakyat Malaysia kerana pasukan keselamatan negara dan agensi-agensi penguattkuasaan akan memantau negara sebaik mungkin," katanya.
Beliau turut menggesa orang ramai untuk segera maklumkan kepada polis jika mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Katanya, negara mempunyai undang-undang mencukupi untuk menangani sebarang aktiviti keganasan, termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) , Pencegahan Keganasan 2002 (POTA ) dan Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid menjelaskan, setakat ini, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden serangan pengganas di Paris.
Menurutnya, Perancis juga sehingga kini belum meminta sebarang bantuan daripada Malaysia berhubung insiden itu.
Norsiah Mohd Ramli
Sun Nov 15 2015
Ahmad Zahid yang ditemui dalam sidang media penjenamaan PPP di PWTC, mengulas mengenai kebimbangan sidang kemuncak ASEAN akan menjadi sasaran serangan susulan insiden keganasan di Paris. - Foto Bernama
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.