KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden kekecohan yang dilaporkan berlaku semasa penganjuran hari litar persendirian, minggu lepas.
SIC dalam kenyataan berkata pengendali litar sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, penganjur acara dan pasukan keselamatan untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.
SIC kesal dengan kejadian malang itu hingga menyebabkan kekecohan yang berlaku di litar mereka.
"Kami memandang serius perkara ini dan komited untuk menegakkan standard tatakelakuan, keselamatan dan penghormatan tertinggi untuk semua pengunjung.
"SIC komited untuk menjadi tempat yang mendukung standard tertinggi profesionalisme, integriti dan semangat kesukanan.
"Kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang menjejaskan semangat dan nilai positif di tempat kami," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, memandangkan SIC mengutamakan kesejahteraan dan kepuasan pelanggannya, siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui keadaan sebenar.
SIC juga menggalakkan peserta untuk melaporkan sebarang insiden dengan segera kepada kakitangan mereka di lokasi atau melalui saluran rasminya.
Difahamkan ada dalam kalangan peserta cuba merosakkan harta benda SIC selepas berlaku pertengkaran yang disebabkan oleh transponder (alat komunikasi) yang disewa oleh penganjur daripada pihak ketiga, tidak berfungsi dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
SIC kesal dengan kejadian malang itu hingga menyebabkan kekecohan yang berlaku di litar mereka. -Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
ARRC: Hafizh Syahrin naik podium menjelang perebutan akhir kejuaraan di Buriram
Hafizh Syahrin melonjak ke tempat ketiga kategori Asia Superbike 1000cc (ABS1000) dengan catatan masa 25 minit 30.275 saat.
SIC dapat lampu hijau sambung kontrak anjur MotoGP Malaysia
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk melanjutkan kontrak penganjuran Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 sehingga tahun 2026.
Ujian pramusim: Bastianini catat masa terpantas di Sepang
Pelumba Itali Enea Bastianini secara tidak rasmi muncul pelumba MotoGP terpantas selepas mengatasi rekod sepusingan terpantas musim lepas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.
GP Malaysia tarik 182,912 penonton, SIC kini fokus tambah baik litar
Kehadiran musim ini mengatasi jumlah 163,567 penonton tahun lepas.
MotoGP: Marquez ungguli perlumbaan pecut, Bagnaia ketiga
Pelumba MotoGP Gresini Racing Alex Marquez muncul juara perlumbaan pecut yang buat pertama kalinya diadakan pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
SIC, ZK Racing bincang masa depan Damok
Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengadakan perjumpaan bersama pengurus pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin bagi membincangkan masa depan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman.
SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.
SIC rai delegasi antarabangsa, pamer fasiliti
Hari Terbuka SIC merupakan inisiatif dan pemangkin dalam meyakinkan pihak berkepentingan daripada industri permotoran Malaysia dan luar negara.
Malaysia bakal terima kedatangan 11,000 peminat Indonesia ke Grand Prix 2023
SIC komited untuk memberikan kualiti tertinggi untuk perlumbaan dan akan memastikan penonton akan menyaksikan aksi hebat di trek.