Langkah ini harus dipuji dan ia sebagai cerminan manifestasi New Zealand di bawah teraju Perdana Menteri, Jacinda Ardern yang terus teguh menyokong masyarakat Islam.
Komitmen ini sangat penting bukan sahaja kepada New Zealand, tetapi isyarat penting kepada seluruh kepemimpinan masyarakat antarabangsa ke arah memelihara keamanan dan kesentosaan sejagat.
Islam mengajak kita meraikan perbedaan.
Agama Islam dan penganutnya tidak wajar dimusuhi kerana ajaran Islam mengajak semua menghormati antara satu dengan yang lain.
Insiden di New Zealand itu menjadi pengajaran kepada semua untuk terus memelihara kedamaian dan tidak sesekali mendukung kebencian yang memecah belah.
Genap seminggu selepas tragedi hitam kemanusiaan di Christchurch, tiada kata dapat menzahirkan apa yang dirasai ahli keluarga mangsa korban.
Doa dan ingatan saya akan terus bersama ahli keluarga, moga terus cekal menempuh detik ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Port Dickson