MEMETIK kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kejadian banjir kilat di Pulau Pinang pada ketika ini adalah soal kemanusiaan, saya melihat aspek kerjasama kerajaan pusat dan negeri menjadi ramuan paling asas dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Perdana Menteri juga menjadikan situasi bersama-sama mencapai titik persefahaman apabila memberitahu menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyalurkan bantuan sewajarnya walaupun negeri tersebut di bawah pentadbiran pembangkang.
Jelas, kalau negeri tidak dapat bekerjasama dengan persekutuan bukan sahaja isu kecil tidak dapat diselesaikan malahan pelbagai lagi masalah termasuk berkaitan rakyat hanya akan menemui jalan buntu.
Kedua-dua kerajaan ini kena berhubung kait, kalau kerajaan negeri membawa diri sendiri maka tidak banyak yang dapat diatasi kerana perlu difahami ada perkara yang memerlukan 'bantuan' persekutuan dan tidak boleh 'dinegerikan' segalanya.
Pulau Pinang selama ini dilihat mahu buat hal sendiri, mahu selesaikan semua perkara sendiri malah mahu asingkan diri dengan hubung kait yang berkenaan Perlembagaan Persekutuan.
Negeri utara itu perlu faham (mungkin selama ini tidak faham atau buat-buat tidak faham) semua isu ada kait mengait dan mungkin apa yang dipisahkan hanya sedikit dalam beberapa aspek tertentu sahaja.
BACA: Kerajaan P. Pinang akui kelemahan sistem perparitan antara punca berlaku banjir
BACA: P.Pinang lumpuh dilanda banjir selepas hujan 15 jam
Hubung kait kerajaan negeri dan persekutuan itu juga harus dilihat satu bentuk kerjasama dalam konteks pemerintahan untuk kebaikan rakyat walaupun kedua-duanya meliliki pemikiran politik berbeza.
Minta tolong
Dalam kes ini ternyata benar apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan menerusi Facebook Livenya memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir di Pulau Pinang.
Ia susulan keadaan hujan lebat dan angin ribut yang semakin memburuk di negeri itu.
Benar, pada lewat Ahad ada lebih 2,700 mangsa yang melibatkan 603 keluarga di 15 pusat pemindahan banjir di negeri itu dan angka itu sebenarnya bukti kelemahan ketiadaan hubung kait kerajaan negeri dengan pusat.
Elok kita ungkap kembali cerita banjir di Pulau Pinang. Negeri (pulau) yang cantik dan mempunyai ciri alam indah sejak dahulu ini semakin 'merajuk' akibat banyak tanah diratakan sekali gus mengundang isu banjir kilat apabila hujan.
Sedar atau tidak, semakin hari ia menjadi isu alam sekitar yang semakin serius.
Apabila isu ini semakin hari semakin mencemaskan penduduk apabila beberapa saranan dan dialog yang dibuat penduduk seolah-olah tidak diendahkan kerajaan negeri.
Penduduk ini tidak menolak pembangunan tetapi khuatir usaha kemajuan yang mengubah alam semulajadi akan memberi kesan kepada sekeliling. Itu realitinya.
BACA: Banjir P. Pinang: Soal kemanusiaan, tanggungjawab kerajaan pusat - PM Najib
BACA: Banjir Pulau Pinang: 'Ya Allah, selamatkan kami' - Netizen
Lima hari sebelum kejadian banjir, sudah kecoh apabila program dialog anjuran Penang Forum kerana beberapa pesertanya berang dengan penjelasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey berhubung tindakan penguatkuasaan kerajaan negeri dalam menangani banjir kilat di negeri itu.
Seramai 200 orang peserta menghadiri dialog ‘Banjir Pulau Pinang: Masanya untuk Bertindak’ yang menampilkan lima panel iaitu wakil Penang Forum, Dr. Kan Suan Pheng dan Datuk Agatha Foo; kontraktor, Aziz Noor serta wakil penduduk Tanjung Bungah, R. Meenakshi dan wakil penduduk Bandar Baru Air Itam, K. Suthakar.
Dialog itu membincangkan punca kejadian banjir kilat di Pulau Pinang yang antaranya kegiatan menebang pokok di lereng bukit tanpa kawalan selain kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan 11 individu terkorban di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah, 21 Oktober lalu.
Namun, dialog hanya tinggal dialog, dalam hal ini kerajaan negeri tetap rancak dalam hal pembangunan namun pada masa sama, pelbagai persatuan dan pengguna tidak henti menyampaikan mesej agar kerajaan negeri sentiasa sayang kepada alam sekitar.
Apa yang mereka harapkan ada satu audit yang memastikan setiap pembangunan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk dalam sistem perparitan.
Mereka sedar, majlis perbandaran yang ada hanya tahu memberi kelulusan tanpa kajian tanah selain kawalan ke atas hal-hal alam sekitar.
Bagaimana kita lihat protes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu sendiri yang sedih dengan tragedi runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai yang tidak mendapat kelulusan daripada pihaknya, begitulah protes rakyat negeri itu terhadap pembangunan suka hati yang akhirnya yang menjadi mangsa, diri mereka sendiri.
Bukan baharu
Perbualan banjir bukan baharu di negeri itu, ia seperti paku dunia yang ditumpulkan dan kini memberi kesan teruk kepada rakyat.
Politik alam sekitar ini semakin hari semakin menjadi-jadi. Sekiranya ada dalam manifesto pilihan raya mereka (Pakatan Harapan) kelak, isu itu seharusnya boleh dipersoalkan di Pulau Pinang ini.
Satu masa dahulu, orang Pulau Pinang boleh dikatakan bangga dengan panggilan 'Pearl of The Orient', Mutiara Timur atau Pulau Mutiara.
Namun hakikatnya apa yang tinggal kini hanyalah tanah lumpur. Masjid juga sudah dipenuhi selut sekali gus timbul persoalan siapa yang menghancurkan 'Pearl of The Orient' ini?
Apakah sinar mutiara itu ada tersembunyi di sisi replika 'Burung Ubah' yang pernah berlabuh di dermaga IJM Promenade, Pulau Pinang mulai 13 Julai hingga 31 Ogos 2013 dahulu?
Replika seberat kira-kira 250 kilogram itu merupakan replika daripada burung Kenyalang atau burung Enggang yang digunakan sebagai maskot kempen DAP bermula pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011 sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Apakah Guan Eng sedar rakyat Pulau Pinang sebenarnya tidak mahu pembangunan keterlaluan yang akhirnya meruntuhkan alam sekitar.
Apa yang mereka mahu hanyalah 'mutiara' indah segera dipulangkan dan diletakkan kembali di tempat paling hijau di negeri itu.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan kanan di Astro AWANI
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 06 2017

Burung Ubah pernah berlabuh di dermaga IJM Promenade, Pulau Pinang mulai 13 Julai hingga 31 Ogos 2013 dahulu? - Foto oleh pembaca Astro AWANI
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.