Angkawasan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sedang mencari lima pelajar berpotensi untuk menyertai program 'Cabaran Angkasawan Muda' bagi mencetus minat generasi muda menceburi bidang sains.
Sheikh Muszaphar berkata program itu yang akan dilancarkan pada Mac, menyediakan peluang kepada pelajar terpilih untuk melawat Pusat Penyelidikan Saintifik dan Latihan Angkasawan Ujian Negara Yuri Gagarin (GCTC) di Star City, Rusia, menjelang hujung tahun ini.
"Program itu akan memilih pelajar terbaik dari seluruh Malaysia yang mempunyai sifat dan sikap menjadi seorang angkasawan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas upacara penyerahan pakaian angkasa SOKOL di sini pada Isnin.
Dengan harapan dapat bekerjsama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta penaja lain, Sheikh Muszaphar berkata cabaran itu bertujuan menguji kemampuan mental, fizikal dan psikologi pelajar dalam mendapatkan calon terbaik.
Dalam pada itu, Sheikh Muszaphar berkata upacara penyerahan pakaian SOKOL itu oleh Angkawasan Rusia Salizhan Sharipov, merupakan detik-detik emosional buat beliau ekoran perjalanannya yang bersejarah ke Soyuz TMA-11, sembilan tahun lepas.
Beliau berharap pakaian itu yang beratnya kira-kira 9.5 kilogram dan dibeli menerusi kolaborasi dengan Aladdin Group dapat mencetuskan idea dan inspirasi pada rakyat Malaysia, terutama generasi muda.
"Saya membina ikatan persahabatan yang cukup erat dengan rakan-rakan Angkasawan saya di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
"Namun pakaian angkasa SOKOL yang telah melindungi diri saya lebih dekat di hati dari ikatan persahabatan itu.
"Pakaian itu yang dicipta khusus untuk saya dibentuk di bumi dan dimeteri dalam lompangan ruang angkasa, segalanya disaksikan bintang-bintang," kata beliau.
Pakaian angkasa itu akan dipamerkan di Menara MBMR di sini, sebelum dibawa dalam penjelajahan ke seluruh negara pada Februari, bermula di Negri Sembilan.
Bernama
Tue Jan 19 2016
SHEIKH MUSZAPHAR: Program itu akan memilih pelajar terbaik dari seluruh Malaysia yang mempunyai sifat dan sikap menjadi seorang angkasawan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
Sheikh Muszaphar cari pelajar berpotensi untuk 'Cabaran Angkasawan Muda'
Lima pelajar berpotensi dicari untuk menyertai program 'Cabaran Angkasawan Muda' bagi mencetus minat generasi muda menceburi bidang sains.