KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa, Tan Sri Shahrir Ab Samad sepatutnya melaporkan wang RM1 juta yang diterimanya pada 2013 kepada LHDN.
Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN, Tuan Zulkfli Tuan Lah, 48, berkata, wang yang diterima Shahrir dalam jumlah yang banyak itu, perlu dilapor bagi LHDN menentukan sama ada wang tersebut merupakan pendapatan yang perlu dicukai atau sebaliknya.
"Tanggungjawab pembayar cukai ialah laporkan pendapatan dan ia bergantung kepada kategori tertentu yang mana komisen dan wang sewaan juga merupakan pendapatan.
"Kalau jumlah yang diterima banyak sehingga mencecah RM1 juta, ia perlu dilaporkan untuk pihak LHDN tentukan sama ada ia layak dikenakan cukai atau tidak. Jumlah cukai dikenakan bergantung kepada jumlah pendapatan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Rasyidah Murni Azmi pada perbicaraan kes Shahrir, yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada LHDN.
Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata, Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, merupakan seorang pembayar cukai yang baik dan tidak pernah gagal menghantar borang taksiran cukai sejak 2004.
Pada 5 Okt lalu, Tuan Zulkfli memberitahu mahkamah bahawa Shahrir tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta, bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada LHDN.
Katanya, Shahrir mengisytiharkan pendapatan pada 2013 (RM87,834), 2014 (RM128,104), 2015 (RM213,394), 2016 (RM189,545), 2017 (RM267,090) dan 2018 (RM193,191).
Kepada soalan TPR Mohd 'Afif Ali, Tuan Zulkfli berkata, tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan merupakan kesalahan berat dan memalukan, yang boleh menyebabkan maruah tercalar tanpa mengira sama ada individu itu Ahli Parlimen atau individu biasa.
"Tindakan individu untuk menipu pihak LHDN bergantung kepada niatnya dan apa yang difikirkannya ketika itu, sama ada dia tahu penerimaan wang itu dan perlu melaporkan kepada LHDN tetapi tidak berniat berbuat demikian. Jadi itu memang niat yang salah," katanya.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
![Shahrir perlu lapor wang RM1 juta yang diterima kepada LHDN - Pegawai LHDN Shahrir perlu lapor wang RM1 juta yang diterima kepada LHDN - Pegawai LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670924989_SHAHRIR.jpg)
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. - fotoBERNAMA
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![Shahrir perlu lapor wang RM1 juta yang diterima kepada LHDN - Pegawai LHDN Shahrir perlu lapor wang RM1 juta yang diterima kepada LHDN - Pegawai LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670924989_SHAHRIR.jpg)
Shahrir perlu lapor wang RM1 juta yang diterima kepada LHDN - Pegawai LHDN
Wang itu perlu dilapor bagi LHDN menentukan sama ada wang tersebut merupakan pendapatan yang perlu dicukai atau sebaliknya.