MELAKA: Sebanyak 34 rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong di sini dikenakan tindakan pemutihan kerana penyewanya menyewakan unit mereka kepada pihak lain, kata Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.
Katanya pelaksanaan tindakan pemutihan itu dilakukan hasil pemantauan dan operasi oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) sejak PPR tersebut mendapat kelulusan Sewa Untuk Beli (RTO) pada Ogos 2022.
"Rumah PPR ini adalah satu kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya tidak mahu duduk, penghuni tersebut boleh pulangkan memandangkan ramai lagi yang memerlukan rumah ini.
"Jadi kita lakukan tindakan pemutihan ini di samping mengenal pasti untuk memberikannya kepada pemohon yang lebih layak mendapat rumah tersebut," katanya kepada pemberita selepas melawat PPR Krubong.
Katanya dengan harga jualan RM35,000 seunit dan penghuni hanya perlu membayar sewaan RM275 sebulan selama 20 tahun termasuk kos penyelengaraan, seharusnya mereka bertanggungjawab menjaga rumah tersebut termasuk tidak menyewakan kepada orang lain.
"Ini adalah salah kerana kerajaan telah memberi subsidi yang banyak untuk perumahan ini bagi memastikan mereka yang betul-betul memerlukan mendapat kemudahan ini.
"Jadi mereka dapat rumah dan sewakan kepada orang lain, saya rasa mereka ini tidak perlukan rumah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023
Rais berkata pelaksanaan tindakan pemutihan itu dilakukan hasil pemantauan dan operasi oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) sejak PPR tersebut mendapat kelulusan Sewa Untuk Beli (RTO) pada Ogos 2022. - Gambar fail
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Sewakan rumah PPR, LPM laksana tindakan pemutihan
Pelaksanaan tindakan pemutihan itu dilakukan hasil pemantauan dan operasi oleh LPM sejak PPR tersebut mendapat kelulusan RTO pada Ogos 2022.
Baiki PPR, LPM mohon peruntukan lebih setengah juta segera diluluskan KPKT
KPKT meluluskan segera permohonan peruntukan lebih setengah juta bagi kerja-kerja pembaikan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong.