KUALA LUMPUR : Setiap sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana oleh individu mahupun syarikat korporat layak mendapat potongan cukai.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Sabtu, potongan tersebut adalah selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967, dengan syarat setiap sumbangan ke akaun berkenaan disokong oleh resit rasmi kerajaan (Kew. 38), atau dokumen pengesahan atau resit transaksi bagi sumbangan yang dikreditkan melalui saluran-saluran sistem perbankan rasmi.
"Kementerian Kewangan ingin berkongsi bahawa pihak awam dan sektor swasta juga boleh menyumbang ke dalam Akaun Amanah Bencana yang ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana, bantuan untuk mengurangkan risiko bencana serta pengurusan mangsa bencana termasuk bencana
penularan COVID-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia," katanya.
Ujar Kementerian Kewangan lagi, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Badan Berkanun Persekutuan juga digalakkan untuk mempertimbangkan pemotongan gaji dan ganjaran kakitangan secara sukarela untuk disumbangkan ke dalam akaun tersebut.
Ini sebagai tanda manifestasi solidariti dalam mengurangkan risiko COVID-19 yang sedang melanda negara.
"Akaun Amanah Bencana ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Pengoperasian akaun ini tertakluk kepada undang-undang dan garis panduan rasmi, termasuk pengauditan berkala, yang ditetapkan bagi akaun-akaun amanah Kerajaan," jelas kenyataan tersebut.
Terdahulu, pada 31 Mei 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa gaji barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak diambil selama tiga bulan mulai Jun 2021 dan akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.
BACA: Tiga bulan tanpa gaji buat menteri dan timbalan menteri, wang disumbangkan untuk COVID-19
Pada 1 Jun 2021, Ketua Setiausaha Negara juga mengumumkan bahawa potongan sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) ataupun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) penjawat awam juga dalam tempoh yang sama mulai Jun 2021.
Nickyson Nyambar
Sat Jun 05 2021
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Badan Berkanun Persekutuan juga digalakkan untuk mempertimbangkan pemotongan gaji dan ganjaran kakitangan secara sukarela untuk disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana. - Gambar fail
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
[TERKINI] Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya pada Rabu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penaja persatuan, acara sukan wajar diberi potongan cukai - Ahmad Zahid
Beliau akan meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan perkara tersebut dalam merangka Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Oktober.
Belanjawan 2024: Potongan cukai langkah efektif perkasa industri sukan negara
Potongan cukai kepada individu atau syarikat yang menyumbang ke arah kemajuan sukan merupakan satu langkah efektif dalam memperkasakan industri itu.
Bajet 2023: Kerajaan cadang galakan cukai sewaan EV
Kerajaan mencadangkan jumlah maksimum amaun sewaan EV yang dibenarkan potongan cukai dihadkan sehingga RM300,000.
Parlimen: Potongan cukai bagi individu sumbang kepada Program Penghijauan Malaysia
Pihak yang menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Hijau Malaysia bagi Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok berpeluang mendapat potongan cukai.
Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2019
RUU diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara pada 8.30 malam tadi, dibahaskan lima hari bermula 11 Dis lepas, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari berakhir Selasa.