Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perseteruan beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah tercetus sebelum ini sebagai yang paling sengit dalam sejarah negara.
Namun katanya, takdir menemukan mereka semula dengan satu hasrat iaitu untuk menyelamatkan negara daripada keruntuhan.
"Sejarah menunjukkan perseteruan saya dengan Tun Mahathir paling sengit tetapi Allah takdirkan kita muafakat semula untuk kepentingan negara.
"Saya bersyukur walaupun deritanya lama. Kalau saya nyanyi di penjara semua lagu-lagu derita.. lagu kegemaran termasuk 'Release Me'," katanya dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengimbau tarikh 2 Sept 1998 yang mana esok genap 20 tahun beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
BACA: Saya bersama pembangkang jika kerajaan cuai - Anwar
BACA: Jangan bimbang isu ketidakadilan antara kaum - Anwar
Sementara itu, Anwar berkata beliau belum membuat keputusan mengenai kerusi Parlimen yang akan ditandingi beliau dalam pilihan raya kecil (PRK).
Namun, beliau dijangka melakukan kemunculan semula sebelum sidang Parlimen pada Oktober ini.
"Saya dah bagi tahu Perdana Menteri saya nak tumpu urusan pembaharuan Parlimen.. jadi harapnya sebelum sidang Parlimen Oktober ini.. mungkin sebelum Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) bentang RMK agaknya," katanya, sambil menambah ada empat kawasan cadangan yang akan dipertimbangkan.
Mengulas tindakan anaknya yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah yang membantah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu rundingan damai selatan Thailand, Anwar berkata beliau bebas menyuarakan pendapat.
"Dia muda masa tu dan kesan ayahnya dipukul setengah mati masa tu tentu beri kesan. Ia tak mudah. Ada orang kata ini soal personal tetapi tidak, ini bukan soal personal.
"Kalau anak anda dipukul setengah mati boleh anda jawab soal personal?," katanya.
Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut menyifatkan Rahim sebagai seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.
Terdahulu, ketika berucap merasmikan penutupan kongres itu, Anwar mengingatkan jemaah menteri untuk tidak mengulangi penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan terdahulu.
Katanya, sekarang adalah giliran pembangkang untuk memantau segala tindakan yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan.
"Jika serangan pembangkang itu tepat dan ada kecuaian menteri, saya akan turut serta dengan pembangkang untuk menyerang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 01 2018
"Sejarah menunjukkan perseteruan saya dengan Tun Mahathir paling sengit tetapi Allah takdirkan kita muafakat semula untuk kepentingan negara. - Foto Bernama
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
Hubungan diplomatik Malaysia-Korea dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.