BATU PAHAT: Sesi persekolahan secara bersemuka bagi peringkat menengah yang dijadualkan bermula pada 4 dan 5 April ini akan diteruskan walaupun terdapat 41 kluster COVID-19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan sejak 1 Jan lepas hingga semalam.
Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Radzi Jidin berkata persekolahan akan diteruskan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Beliau berkata kementerian juga akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa supaya pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan selamat.
"Kalau kita teliti data yang diberikan itu, jumlah keseluruhan berlaku di pelbagai institusi pendidikan dan kita telah ikut seperti mana SOP yang telah ditetapkan.
Secara keseluruhan lebih lima juta orang murid di seluruh negara termasuk pelajar sekolah menengah akan kembali ke sekolah pada 4 dan 5 April ini.
"Kita sudah sediakan SOP terbaik, jadi, kita harap semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah dan semua pihak bagi sokongan, patuhi semua supaya sesi sekolah dapat diteruskan dalam keadaan selamat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan penyerahan peruntukan penyelenggaraan untuk sekolah-sekolah di Parlimen Batu Pahat, di sini hari ini.
Sesi persekolahan secara bersemuka dilakukan secara berperingkat dengan murid sekolah rendah Tahun 3 hingga 6 telah hadir ke sekolah pada 8 Mac lepas manakala murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 pula bermula, pada 1 Mac lepas.
Bagi murid sekolah menengah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain akan bermula pada 5 April ini.
Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 41 kluster COVID-19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan sejak 1 Jan lepas hingga semalam.
Daripada jumlah itu, sebanyak 15 kluster melibatkan pusat pengajian tinggi, 11 kluster sekolah menengah, 10 kluster prasekolah dan sekolah rendah serta lima kluster pusat tahfiz dan madrasah yang telah dilaporkan dalam tempoh hampir tiga bulan itu.
Ia termasuk tiga kluster baharu yang diumumkan semalam iaitu Kluster Paloh Rambai, Kluster Merinding, dan Kluster Persiaran Maktab.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021

Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkata persekolahan akan diteruskan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. - Gambar fail/Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula jenis gummy, meninggal dunia malam ini.

Sesi persekolahan bermula, ibu bapa disaran sediakan sarapan pagi bernutrisi
Makanan berkhasiat bukan sekadar isu kesihatan, tetapi faktor utama dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Sesi persekolahan 2025/2026 di Kedah, Terengganu, Kelantan bermula hari ini
Sesi persekolahan 2025/2026 di semua sekolah di Kedah, Terengganu dan Kelantan bermula seperti dijadualkan hari ini.

Anak-anak anggota GISB akan ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai - Fadhlina
Setakat ini pihak KPM masih lagi mendapatkan dan mengumpulkan data kanak-kanak tersebut.

Hujan lebat ragut 5 nyawa di Panama
Empat daripada lima mangsa maut akibat lemas, manakala seorang lagi terkorban dalam kejadian tanah runtuh.

Sesi persekolahan bagi sekolah terjejas banjir, jadi PPS akan ditentukan KPM - PM Anwar
KPM akan mempertimbang untuk memberi kelonggaran kepada sekolah yang terlibat, termasuk cuti tambahan kepada pelajar dan murid.

Remaja lelaki 14 tahun dilaporkan hilang di Muar
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Jalan Kerayong Rumah Rakyat 1, Pagoh di sini semalam.

Sesi persekolahan kembali kepada Januari-Disember pada 2026
Sesi persekolahan akan kembali bermula Januari, pada 2026, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Kemarau: 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa, hadkan aktiviti luar bilik darjah
Sesi persekolahan di 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa walaupun daerah itu diisytihar kawasan bencana kemarau.