KUALA LUMPUR: Setelah melalui rentetan episod dalam sistem pendidikan negara yang menyaksikan pengoperasian sekolah terpaksa mengikut 'rentak' angka COVID-19, akhirnya sekolah dibuka semula secara berperingkat mulai Isnin ini.
Pembukaan semula sesi persekolahan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara pada 1 Mac, diikuti Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac.
Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi negeri-negeri lain pada 5 April.
Walaupun masih dihimpit situasi pandemik yang belum reda, langkah itu perlu diambil bagi mengimbangi keperluan akses pendidikan dalam keadaan selamat sambil memastikan pelajar tidak jauh ketinggalan dalam pembelajaran.
Lebih-lebih lagi apabila ibu bapa, guru dan pelajar terpaksa menghadapi 'kejutan budaya' ketika konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terpaksa dilaksanakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Berdepan masalah utama seperti pemilikan peranti dan akses internet murid yang dikhuatiri mengakibatkan keciciran pelajar dalam kalangan golongan B40, luar bandar dan kawasan pedalaman, senario itu menyedarkan bahawa kaedah pembelajaran secara bersemuka adalah lebih berkesan.
Menjelaskan rasional keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) itu, menterinya Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini dilaporkan berkata ia dibuat secara teliti dan pendekatan diambil berdasarkan input serta maklum balas daripada semua pihak.
"Keputusan membenarkan pelajar sekolah rendah untuk mengikuti sesi persekolahan lebih awal adalah bagi memberi ruang kepada murid dan guru menyesuaikan diri dengan suasana norma baharu dan juga prosedur operasi standard (SOP) COVID-19," katanya.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin sebelum ini pula berkata seramai 55,539 guru yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi akan diusahakan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 pada fasa pertama program imunisasi itu.
Tidak mengambil mudah aspek SOP, KPM turut mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula dan Model Pengawalan Keberadaan Murid di Pintu Pagar Sekolah, mengandungi panduan pengurusan dalam pelbagai aspek ketika penularan COVID-19 kepada semua sekolah di seluruh negara.
Garis panduan itu merangkumi aspek bermula murid sampai ke pintu pagar sekolah, ketika murid berada di sekolah dan SOP ketika pulang.
Pembukaan sekolah bermula Isnin juga menyaksikan KPM membenarkan pelajar memakai pakaian biasa yang sesuai, kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah jika belum mempunyai pakaian seragam sekolah.
KPM menyatakan kebenaran tersebut diberikan bermula 1 hingga 26 Mac ini iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan sesi 2021.
Selain sekolah rendah, Kolej Vokasional juga akan dibuka pada 1 Mac manakala sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta kategori pusat termasuk pusat tuisyen akan dibuka pada 8 Mac.
Bagaimanapun sesi persekolahan yang sepatutnya bermula 1 Mac ini ditangguhkan selama 14 hari lagi di sembilan daerah di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri berikutan kes angka COVID-19 yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021
Pembukaan semula sesi persekolahan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara pada 1 Mac, diikuti Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac. - Gambar fail/BERNAMA
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10,000 pelajar UKM akan kembali ke kampus dengan pematuhan SOP ketat
UKM bersedia menerima hampir 10,000 pelajar tempatan dan antarabangsa ke kampus secara berperingkat pada bulan Mac ini.
Sesi pembelajaran kembali bersemuka Isnin ini
Pembukaan semula sesi persekolahan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara pada 1 Mac, diikuti Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac.
Semua sekolah di Kuala Lumpur beroperasi Isnin
Semua 296 sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditutup pada Khamis dan Jumaat minggu lepas (19 dan 20 Sept) akan beroperasi seperti biasa pada Isnin 23 Sept.
Video anak Sindrom Down menyanyi dengan bahasa isyarat sentuh perasaan
Sambutan untuk meraikan mereka yang menghidap Sindrom Down diadakan pada 21 Mac setiap tahun di seluruh dunia.