Polis menemukan sebutir bom mortar yang masih aktif ketika menyerbu sebuah rumah dipercayai milik ketua sindiket pengedaran dadah di Kuala Kurau awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, ACP R. Ravi Chandran berkata bom mortar jenis '60mm blind' itu ditemukan dalam serbuan kira-kira 4.30 pagi di Bagan Seberang.
Katanya unit bom mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam untuk membuat persiapan bagi meletupkan bom itu di lokasi sama kerana jika dibawa keluar ia sangat berbahaya serta boleh mengancam keselamatan orang awam.
"Kita sedar pengedar dadah tidak akan teragak-agak untuk melengkapkan diri mereka dengan senjata api atau bahan letupan demi untuk mengelak daripada pihak berkuasa," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.
Ravi Chandran berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Menurut Ravi selain penemuan bom, polis turut menemukan dadah jenis heroin seberat 1.2 kilogram (kg) serta syabu seberat 13 gram bernilai RM19,630 dan menahan seorang lelaki berumur 47 tahun yang mempunyai 11 rekod kesalahan lampau.
Katanya berdasarkan maklumat daripada tangkapan pertama, polis membuat serbuan kedua pada hari sama di Taman Seri Kurau dan menahan seorang wanita berumur 23 tahun serta merampas dadah jenis syabu seberat 97.77gram bernilai RM6,843.
Tidak sampai sejam kemudian, polis membuat satu lagi serbuan di sebuah rumah di Jalan Siakap, Bagan Serai dan menahan seorang lelaki berumur 49 tahun yang mempunyai 10 rekod kesalahan lampau.
"Dalam serbuan ini, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5,948 termasuk 350 biji Eramin 5; 16.94 gram Heroin dan tujuh biji pil ekstasi.
"Ujian saringan awal air kencing yang dibuat terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamine dan semuanya direman selama tujuh hari mulai hari ini," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, katanya.
Menurut Ravi nilai keseluruhan rampasan dadah dalam kesemua serbuan dianggarkan RM32,422 dan jumlah dadah yang dirampas boleh diedarkan kepada 1,500 penagih di kawasan Kerian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2016

Ravi Chandran (dua dari kiri) Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, ACP R. Ravi Chandran berkata bom mortar jenis '60mm blind' itu ditemukan dalam serbuan kira-kira 4.30 pagi di Bagan Seberang. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah
Objek itu dipercayai ditinggalkan oleh bekas penyewa yang telah berpindah keluar pada Januari lalu.

Tukang kebun jumpa bom mortar
Sebutir bom mortar berkarat berukuran 60 milimeter ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Tersusun dekat Serkam Darat di sini hari ini.

Objek disyaki bom mortar ditemui di Padang Polo, Ipoh
Satu objek menyerupai bom mortar dijumpai di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini, hari ini.

Bom mortar ditemukan di tepi sungai
Sebutir bom mortar ditemukan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi di tepi Sungai Gertak Kertitir di Pasir Tumboh, Kubang Kerian.

Objek menyerupai bom mortar ditemui di Segambut
Polis telah menerima aduan berhubung penemuan objek menyerupai bom mortar yang ditemui di kawasan perumahan Kg Segambut Bahagia, Kuala Lumpur.

Pemotong rumput terkejut, temui bom lama berhampiran hotel
Seorang pemotong rumput terkejut selepas menemui satu objek disyaki bom lama berhampiran sebuah hotel di Kuala Nerus.

Serbuan narkotik bawa kepada penemuan bom mortar
Polis menemukan sebutir bom mortar yang masih aktif ketika menyerbu sebuah rumah dipercayai milik ketua sindiket pengedaran dadah di Kuala Kurau awal pagi semalam.