Isterinya, Datin Shaliza Idris berkata, suaminya itu kini dirawat di Unit Rawatan Koronari(CCU), Institut Jantung Negara(IJN) akibat serangan jantung pada Rabu lepas dan semakin sedar.
Menurutnya, pada Khamis lepas suaminya telah menjalani prosedur implantasi pam belon intra-aorta.
"Alhamdulillah doktor baru maklumkan keadaan terkini YB Saiful yang beliau sudah semakin sedar. Kalau dia okay dan keadaan membenarkan, akan ada prosedur untuk keluarkan aorta balloon pada petang ini.
"Doktor menasihatkan supaya tiada pelawat dibenarkan buat masa ini supaya beliau mendapat rehat yang secukupnya,"katanya menerusi pesanan aplikasi WhatsApp pada Sabtu.
Dalam pada itu, Shaliza turut meluahkan rasa terima kasihnya atas sokongan dan doa yang berterusan daripada semua pihak berhubung kesembuhan suaminya itu.
"Terima kasih atas segala doa, pesanan, sokongan yang berterusan daripada seluruh kaum keluarga, sahabat handai, warga Johol dan semua sahabat-sahabat politik beliau.Allah SWT sahaja yang membalas kebaikan tuan,puan sekalian, Insya-Allah,"katanya.
Media sebelum ini melaporkan Saiful Yazan dikejarkan ke IJN selepas tidak sedarkan diri kerana serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC). - Sinar Harian