KUCHING: Keputusan Jemaah Menteri untuk memberikan kuasa kepada Sarawak bagi meluluskan projek kerajaan bernilai di bawah RM50 juta akan mempercepatkan pelaksanaan projek rakyat di negeri itu.
Menyambut baik keputusan tersebut, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata ia membolehkan penekanan lebih besar kepada pembangunan bersepadu, dan merapatkan jurang antara kawasan luar bandar dengan bandar.
“Ini membolehkan birokrasi tertentu dipintas, mengurangkan karenah birokrasi dalam melaksanakan projek pembangunan di Malaysia Timur sekali gus mempercepatkan pelaksanaan projek yang diperlukan rakyat.
“Bagi Sarawak, pelaksanaan pantas projek pembangunan adalah kunci untuk memenuhi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dipelopori oleh Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri juga menantikan lebih banyak hak dikembalikan semula kepada Sarawak dan Sabah oleh Kerajaan Persekutuan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas komitmennya untuk mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan tuntutan Sarawak bagi pembayaran geran khas kepada negeri-negeri Borneo di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan kami berharap hasil yang baik kepada Sarawak.
“Kami juga berharap perkara-perkara lain seperti desentralisasi kuasa berkaitan pendidikan dan kesihatan akan diteliti oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.
Fadilah Sulaiman
Wed Jan 04 2023
![Serah Kuasa: Rapatkan jurang pembangunan di bandar dan pedalaman - Fazzrudin Serah Kuasa: Rapatkan jurang pembangunan di bandar dan pedalaman - Fazzrudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672834501_TBFAZZRUDIN.jpg)
Keputusan Jemaah Menteri untuk memberikan kuasa kepada Sarawak bagi meluluskan projek kerajaan bernilai di bawah RM50 juta akan mempercepatkan pelaksanaan projek rakyat di negeri itu.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Serah Kuasa: Rapatkan jurang pembangunan di bandar dan pedalaman - Fazzrudin Serah Kuasa: Rapatkan jurang pembangunan di bandar dan pedalaman - Fazzrudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672834501_TBFAZZRUDIN.jpg)
Serah Kuasa: Rapatkan jurang pembangunan di bandar dan pedalaman - Fazzrudin
Keputusan Jemaah Menteri untuk memberikan kuasa kepada Sarawak bagi meluluskan projek kerajaan bernilai di bawah RM50 juta akan mempercepatkan pelaksanaan projek rakyat di negeri ini.
![Serah kuasa: Bantu mempercepat pembangunan Sabah dan Sarawak - Mohamad Alamin Serah kuasa: Bantu mempercepat pembangunan Sabah dan Sarawak - Mohamad Alamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646981196_MohamadAlamin.jpg)
Serah kuasa: Bantu mempercepat pembangunan Sabah dan Sarawak - Mohamad Alamin
Penyerahan kuasa kepada Sabah dan Sarawak bagi projek pembangunan bernilai RM50 juta ke bawah mampu mempercepatkan usaha membangunkan kedua-dua negeri tersebut.