Seorang pekerja sebuah stesen minyak warga Bangladesh cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki dalam kejadian samun di Jalan Genting Klang, dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi.
Difahamkan mangsa terkena satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan suspek.
Bagaimanapun menurut jurucakap polis, tindakan suspek untuk melarikan diri gagal selepas dia ditahan orang ramai dan pekerja stesen minyak berkenaan.
"Setakat ini mangsa seorang pekerja warga Bangladesh dikejarkan ke Hospital Colombia Asia, Setapak, untuk rawatan lanjut manakala suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan pada kakinya semasa ditangkap orang awam," katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api, (Penalti Lebih Berat) 1971, yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif dijangka membuat sidang media berkenaan kes itu pada Isnin.
Kejadian samun bersenjata api ini berlaku dalam jarak 300 meter dari lokasi V Kandasamy atau Kanna 43, yang ditembak mati ketika sedang memandu di Jalan Danau Kota, pada 27 Julai lalu.
Hakim Rahman
Sun Aug 07 2016
Difahamkan mangsa terkena satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan suspek. - Gambar fail
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Tanah runtuh: 52 penduduk diarah kosongkan kediaman
Seramai 52 orang penghuni di 17 buah rumah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Kelang-Kem Wardiburn, di sini, diarahkan mengosongkan rumah mereka susulan insiden tanah runtuh pada Khamis.
Lorong bas Jalan Klang Lama: Pengguna jalan raya diharap beri maklum balas membina - Exco
Pengguna jalan raya di laluan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama, di sini diharap dapat bekerjasama dan memberi maklum balas membina sepanjang tempoh percubaan perkhidmatan itu.
Peragut dah kena cekup polis
Suspek yang menunggang sebuah motosikal telah meragut telefon bimbit mangsa ketika cermin tingkap kereta itu dalam keadaan terbuka sebelum melarikan diri.
Wanita larikan kenderaan ditahan
Suspek berusia 38 tahun dan memiliki 14 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah bertindak memandu kereta jenis Honda City secara agresif.
Gaduh di restoran, polis kesan individu disyaki terlibat
Usaha mengesan pihak-pihak yang terlibat masih dijalankan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas
Salah seorang suspek dipercayai adalah individu yang bertindak menetak mangsa Dr Wan Hassan hingga maut.
Larikan diri dan cuba langgar polis, dua das tembakan dilepaskan
Polis trafik terpaksa lepaskan dua das tembakan selepas sebuah kereta yang dinaik dua lelaki enggan berhentikan kenderaan mereka.
Seorang cedera dalam kejadian berbalas tembakan di ibu negara
Kejadian berlaku apabila anggota polis sedang memeriksa seorang lelaki yang dikehendaki polis.
Lebih 20 letupan kuat didengari - Saksi kebakaran Setapak
Lebih 20 letupan kuat didengari dari kilang di Jalan Perusahaan Kiri, Setapak itu dalam kejadian kira-kira 7 malam itu.