Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu membelasah seorang pemandu lori di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa dekat sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun tidak mendedahkan butiran dan lokasi suspek lelaki itu ditahan.
"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Ampang untuk mengesan saki-baki mereka yang terlibat memukul pemandu lori berkenaaan untuk ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.
"Kami tidak boleh biarkan perkara sebegini berlaku lagi seolah-olah tidak ada undang-undang di negara kita ini," katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Op Selamat 10/2017 sempena Tahun Baharu Cina di Persada Plus, di sini, hari ini.
BACA: Pemandu lori dibelasah gara-gara terlanggar Mercedes-Benz milik 'Datuk'
BACA: Polis rakam percakapan saksi kes tular lelaki dibelasah
Beliau turut menafikan terdapat orang kenamaan bergelar 'Datuk' terlibat dalam kes itu.
"VIP (orang kenamaan) tidak terlibat...yang terlibat adalah pemandu yang dibelasah itu. Jangan sebut VIP, Datuk atau mana-mana menteri yang terlibat dan tidak perlu hendak kaitkan dengan orang lain pula," katanya.
Khalid turut menggesa mereka yang terlibat dalam kes itu agar menyerah diri di Balai Polis Ampang bagi membantu siasatan.
"Sekiranya mereka tidak serah diri, tunggulah kami datang ke rumah mereka. Kita kenal siapa mereka," katanya.
Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial yang memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya selama beberapa minit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2017
KHALID: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu membelasah seorang pemandu lori di Bukit Antarabangsa. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Seorang lelaki ditahan bantu siasatan kes belasah di Ampang
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu membelasah seorang pemandu lori di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa dekat sini, Sabtu lepas.