Seorang lagi mangsa yang hilang selepas rakit dinaiki tenggelam akibat terlebih muatan di Sungai Bekok, Yong Peng, dekat Batu Pahat, petang tadi, ditemukan lemas, malam ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Ibnul Kasim Ahmad berkata, mayat Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, ditemukan pada 8.40 malam.
"Mayat mangsa ditemukan di bahagian tengah sungai, kira-kira dua meter dari lokasi rakit yang dilaporkan tenggelam," katanya ketika dihubungi Bernama.
Belliau berkata sehubungan itu, gerakan mencari dan menyelamat sedang dilakukan bagi mencari ibu Mohd Aiman Arif, iaitu Lana Ismail, 50-an, yang turut hilang dalam kejadian tersebut.
Dalam kejadian 3 petang tadi, rakit membawa 10 orang yang mempunyai hubungan keluarga itu tenggelam ketika kesemua mangsa sedang menyeberang sungai untuk melihat ternakan kambing.
Dua beradik iaitu Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan, lemas sejurus kejadian itu.
Mohd Aiman Arif dan Lana dilaporkan hilang manakala enam yang lain terselamat sebelum Mohd Aiman Arif ditemukan kira-kira enam jam selepas kejadian.
Kesemua enam mangsa yang terselamat pula adalah Hairaddin Masran, 58, Nor Diana Alisa Hairaddin, 31, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, Junaidah Yang, 28, Siti Farahida Hairaddin, 26, serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2.
Bernama
Sat Dec 26 2015
![Seorang lagi mangsa rakit tenggelam di Batu Pahat ditemukan lemas Seorang lagi mangsa rakit tenggelam di Batu Pahat ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51451140527_MangsaRakitTenggelam.jpg)
- Anggota Bomba dan Penyelamat menemui mayat Mohd Aiman Arif Hairaddin, 10, selepas rakit yang dinaiki tenggelam akibat terlebih muatan dalam kejadian di Sungai Bekok, Yong Peng pukul 8.40 malam tadi. - Gambar Bernama
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Lelaki lemas jatuh laut ketika memancing di Pantai Bagan Lalang Lelaki lemas jatuh laut ketika memancing di Pantai Bagan Lalang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720921235_lemas.jpg)
Lelaki lemas jatuh laut ketika memancing di Pantai Bagan Lalang
Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 27 tahun itu sedang memancing.
![Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357777_lemassungai.jpg)
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
![Banjir: Wanita ditemukan maut dipercayai lemas di Penampang Banjir: Wanita ditemukan maut dipercayai lemas di Penampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719812994_Mangsabanjir.jpg)
Banjir: Wanita ditemukan maut dipercayai lemas di Penampang
Seorang wanita ditemukan maut dipercayai lemas dalam kejadian banjir di Penampang pagi ini, setelah hilang dihanyutkan arus deras malam tadi.
![Kanak-kanak Orang Asli lemas jatuh sungai di Lipis Kanak-kanak Orang Asli lemas jatuh sungai di Lipis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719485074_TBbudaklemas.jpg)
Kanak-kanak Orang Asli lemas jatuh sungai di Lipis
Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Simoi Lama, Pos Lenjang Kuala Lipis semalam.
![Lelaki warga emas ditemukan lemas di tasik Lelaki warga emas ditemukan lemas di tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719243709_Melakalemas.jpg)
Lelaki warga emas ditemukan lemas di tasik
Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini.
![Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719109025_tbAPNMBotNelayan.jpg)
Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas
Tiga lagi mangsa bot terbalik pada Jumaat lepas masih belum dijumpai.
![Budak 10 tahun lemas dalam kawasan takungan air UUM Budak 10 tahun lemas dalam kawasan takungan air UUM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719029851_tbkanakkanaklemas.jpg)
Budak 10 tahun lemas dalam kawasan takungan air UUM
Mangsa dikatakan keluar memancing bersama tiga rakannya di lokasi kejadian sebelum dia ditemukan lemas.
![Lelaki lemas selepas terjun sungai selamat adik, anak saudara Lelaki lemas selepas terjun sungai selamat adik, anak saudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718898906_SungaiDewata.jpg)
Lelaki lemas selepas terjun sungai selamat adik, anak saudara
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjun ke sungai untuk menyelamatkan adik dan anak saudaranya yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Dewata pada Selasa lepas.
![Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718710891_mayat.jpg)
Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas
Seorang daripada dua mangsa yang hilang dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Belaga, pada Ahad ditemukan lemas, 50 meter dari lokasi kejadian, tengah hari tadi
![Pelajar lemas ketika memancing di lombong Pelajar lemas ketika memancing di lombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718010606_garisanpolis.jpg)
Pelajar lemas ketika memancing di lombong
Mayat Muhammad Adam Harris Mohd Azman, 18, ditemukan pada 2.50 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak malam semalam.