JITRA: Seorang anggota tentera maut manakala lima lagi cedera selepas lori tentera yang membawa muatan makanan, terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Kampung Bukit Kechik Changlun, dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu DSP Chien Chunng Tsaur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada 1.30 tengah hari tadi.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu seorang anggota tentera berusia 29 tahun yang bertugas di Kem 5 Rejimen Sempadan Bukit Kayu Hitam, sedang dari arah Kem Askar Wataniah (513 AW) Kepala Batas menghala ke Markas 30 Briged di Kem Bukit Cowder di Perlis.
"Lori berkenaan membawa muatan catuan makanan. Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori itu dipercayai mengelak sebuah kereta yang sedang bergerak dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata keadaan jalan yang sempit dan bahu jalan tidak berturap menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke cerun jalan di kawasan ladang kelapa sawit.
"Kemalangan itu telah menyebabkan seorang daripada lima penumpang yang berada bahagian belakang lori tersebut mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Chien berkata mayat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat, sementara seorang mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama, manakala empat lagi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Chine berkata keadaan jalan yang sempit dan bahu jalan tidak berturap menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke cerun jalan di kawasan ladang kelapa sawit. - Gambar Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Seorang anggota tentera maut, lima lagi cedera lori dinaiki terbalik
Seorang anggota tentera maut manakala lima lagi cedera selepas lori tentera yang membawa muatan makanan, terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Kampung Bukit Kechik Changlun.