Seorang penjenayah dipercayai anggota 'Geng Mamak' mati ditembak manakala dua lagi ditahan ketika cuba melarikan diri daripada ditahan polis di persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Changkat Jering di sini semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta jenis Volkswagen Passat yang dinaiki tiga penjenayah tersebut kerana merempuh kereta polis.
"Polis menembak seorang daripada penjenayah terlibat yang berusia 38 tahun dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Dua lagi suspek masing-masing berusia 31 dan 35 tahun berjaya diberkas dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.
Menurut Osman, polis berjaya menumpaskan kumpulan tersebut selepas menerima laporan mengenai satu kes samun di Rasah, Negeri Sembilan pada pukul 11 pagi semalam.
Katanya, polis berjaya mengesan kereta yang dinaiki oleh suspek di Plaza Tol Changkat Jering pada pukul 4.30 petang semalam.
"Pemeriksaan di dalam kereta Volkswagen Passat menemukan lima set nombor plat kenderaan, dua bilah parang dan wang tunai berjumlah RM2,400," katanya.
Menurut beliau, kumpulan tersebut dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah terancang di Perak, Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan kerugian RM2.4 juta.
Beliau berkata, ketika kejadian polis turut mengesan sebuah kereta jenis BMW berwarna hitam dipercayai rakan mangsa yang tiba di tempat kejadian namun melarikan diri ke arah Lebuh Raya Utara Selatan.
Katanya, berdasarkan maklumat orang ramai, polis menemukan kereta BMW tersebut pada pukul 6.30 petang semalam ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 237.7 lebuh raya berkenaan arah selatan.
"Pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut menemukan sepucuk pistol, gari dan walkie-talkie," katanya.
Menurut beliau, tiga buah kereta polis rosak teruk akibat dirempuh kumpulan penjenayah terlibat.
Astro Awani
Sat Jan 23 2016

Kkumpulan tersebut dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah terancang di Perak, Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan kerugian RM2.4 juta. - Gambar hiasan

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.

65 kanggaru mati di Australia, siasatan dijalankan
Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat kematian sekurang-kurangnya 65 kanggaru yang ditemukan mati sama ada ditembak atau dilanggar kenderaan, mencetuskan usaha mencari pihak yang bertanggungjawab.

Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.

Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler
Lelaki itu dibawa ke hospital selepas ditembak di dada semasa proses tangkapan dilakukan.

Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan
Aktor Bollywood Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April.

Lelaki dikejar hingga ke kedai kopi sebelum maut ditetak
Pemandu lori berusia 27 tahun dipercayai dibunuh oleh dua lelaki bersenjata parang dan sabit.

Suspek kes bunuh maut ditembak selepas serang polis dengan parang
Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor.

Sembilan maut ditembak di Afrika Selatan
Sembilan orang maut ditembak manakala lapan lagi cedera dalam satu kejadian di Rustenburg, Afrika Selatan pada Sabtu.

Pemilik bengkel kereta maut ditembak di Machang
Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi di Kampung Hutan Kuin.

Pelancong guna jet ski ditembak mati di luar pantai Algeria
Insiden itu mencetuskan kemarahan di Maghribi selepas seorang nelayan menyiarkan rakaman mayat yang terapung di laut.

Calon Presiden Ecuador maut ditembak
Calon presiden Ecuador Fernando Villavicencio maut selepas ditembak lelaki tidak dikenali, kurang dua minggu menjelang pilihan raya parlimen.