KUALA LUMPUR: Proses untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sistem dalam penjawat awam sentiasa dilakukan untuk mengelakkan mereka terlibat dalam rasuah.
Ia bukan jalan pintas yang membolehkan seseorang melangkaui proses undang-undang jika SOP sedia ada tidak memihak atau menyusahkan mereka.
Bagaimanapun, agak malang kerana, penjawat awam sering diketengahkan sebagai seorang yang menyalahi peraturan, berbanding si pemberi rasuah itu sendiri, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat.
"Bercakap mengenai integriti penjawat awam, sebenarnya kita telah dilatih untuk tidak melakukan kesalahan dalam perkhidmatan.
"Kita di awal perkhidmatan telah ada latihan, kita ada peraturan penjawat awam, tetapi oleh kerana penjawat awam itu sendiri bila berada di dalam situasi yang selesa dan diburu oleh sekumpulan yang tamak haloba dan tahu bagaimana undang-undang yang ada sedikit kelonggaran, mereka menggunakannya.
"Tetapi, penjawat awam sebenarnya, tidak pernah terlibat, tetapi mereka memburu kita untuk sedikit kelonggaran, inilah masalahnya. Bagaimanapun, dari segi produktiviti dan integriti, kita kekal, dan sebenarnya telah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negara.
"Tetapi oleh kerana di luar sana pemburu yang yang sentiasa memburu untuk mendapat kelebihan kepada mereka, dalam situasi ini penjawat awam sering disalahkan," katanya menerusi sidang video pada Khamis.
BACA: Rasuah: Tukar petugas kerajaan di bahagian kritikal setiap tiga tahun
TONTON: Kartel Tender Projek | KSN kesal penjawat awam dipergunakan
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum ini melahirkan rasa kesal dengan segelintir penjawat awam yang membenarkan diri mereka diperguna pihak berkepentingan untuk habuan lumayan.
Beliau turut memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam isu itu ataupun sebarang salah laku yang menjejaskan imej perkhidmatan awam sekiranya dibuktikan bersalah.
Dalam pada itu, kata Adnan, sistem pusingan kerja memberikan penjawat awam pengalaman serta pembelajaran baharu, sekali gus mengelakkan mereka daripada terjebak sebarang isu selepas terlalu lama berkhidmat dan selesa di sesuatu tempat.
Ujarnya, ia juga sudah mengambil kira pandangan atau situasi pusingan kerja seseorang penjawat awam yang mungkin dinaikkan pangkat termasuk jawatan yang dikategori sebagai kritikal.
Astro Awani
Thu Apr 08 2021
Kata Adnan, sistem pusingan kerja memberikan penjawat awam pengalaman serta pembelajaran baharu, sekali gus mengelakkan mereka daripada terjebak sebarang isu selepas terlalu lama berkhidmat dan selesa di sesuatu tempat. - Gambar fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.