Semua ubat untuk merawat demam yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan adalah selamat dimakan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, menjelaskan, arahan menarik balik sirap Paracetamol 120 mg/5ml di pasaran sebelum ini adalah kerana ia mengandungi alkohol dan tiada kaitan dengan isu keselamatan.
"Kita jangan keliru. Semua ubat termasuk sirap anti-demam yang didaftar dengan Bahagian Farmasi Kementerian memang semuanya selamat dimakan, cuma bezanya yang ada alkohol dengan tidak," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Wisma Yayasan Kesihatan Mental Malaysia di ibu negara.
Dr Hilmi berkata, sebarang ubat demam yang berdaftar dengan perkhidmatan farmasi kementeriannya disyaratkan tidak mengandungi alkohol.
"Untuk Kementerian Kesihatan kita tidak ambil yang ada alkohol. Bila ada alkohol memang kita tak terima. Maksud saya tahap alkohol yang ada dalam ubat-ubat yang telah didaftar adalah di tahap ubat yang selamat, label yang selamat jadi jangan bimbang.
"Ikut fatwa, memang harus boleh makan, ada sedikit alkohol memang boleh makan," ujar beliau.
Justeru beliau berharap orang ramai agar tidak keliru dengan isu berkenaan kerana ia hanya melibatkan pelanggaran peraturan oleh syarikat Royce Pharma Sdn Bhd (Royce Pharma).
"Isu yang sekarang ini memang ia melanggar peraturan yang telah kita buat. Jadi kita sudah arah dia tarik balik semua ubat yang brand Royce ditarik balik dari jualan yang ada alkohol," tambahnya.
Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan pada Rabu mengarahkan syarikat Royce Pharma menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml kerana mengandungi alkohol.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian itu, Datuk Eisah A Rahman berkata kementerian telah mengarahkan syarikat tersebut memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti terlibat.
Kementerian dalam surat tawaran telah menetapkan spesifikasi bahawa sesuatu produk tidak sepatutnya mengandungi alkohol dan syarikat berkenaan ketika membuat tawaran ubat tersebut kepada kementerian tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mereka mengenai kandungan alkohol.
Bagaimanapun Eisah berkata, produk itu telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan serta keberkesanan.
Rahimah Abdullah
Thu Oct 15 2015
![Semua ubat demam berdaftar dengan KKM disahkan selamat Semua ubat demam berdaftar dengan KKM disahkan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81434894884_HILMIYAHAYA.jpg)
DR HILMI: Arahan menarik balik sirap Paracetamol 120 mg/5ml di pasaran sebelum ini adalah kerana ia mengandungi alkohol dan tiada kaitan dengan isu keselamatan. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Tiada hospital baharu di Balik Pulau, kata Menteri Kesihatan Tiada hospital baharu di Balik Pulau, kata Menteri Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81551476536_Dzulkefly.jpg)
Tiada hospital baharu di Balik Pulau, kata Menteri Kesihatan
Dr Dzulkefly berkata pembinaan hospital baharu Balik Pulau itu sebenarnya adalah janji sahaja daripada seorang ahli politik kerajaan terdahulu dan tidak pernah tersenarai dalam RMK11.
![BN yakin pertahan Parlimen Balik Pulau BN yakin pertahan Parlimen Balik Pulau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51467470554_HilmiYahaya.jpg)
BN yakin pertahan Parlimen Balik Pulau
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan faktor pertambahan pengundi dan parti komponen BN yang bekerja keras serta agresif untuk mendapatkan sokongan lebih ramai pengundi.
![Yakin raih tambahan sokongan pengundi Cina - Dr Hilmi Yakin raih tambahan sokongan pengundi Cina - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71506005907_DSHilmiYahaya.jpg)
Yakin raih tambahan sokongan pengundi Cina - Dr Hilmi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin akan meraih tambahan undi daripada pengundi Cina pada PRU14 nanti.
![Tiada cadangan jadikan ketum ubat tahan sakit, rawat penagihan dadah - Dr Hilmi Tiada cadangan jadikan ketum ubat tahan sakit, rawat penagihan dadah - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81513514329_HilmiYahaya.jpg)
Tiada cadangan jadikan ketum ubat tahan sakit, rawat penagihan dadah - Dr Hilmi
Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menjadikan ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.
![Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463042465_Jururawat.jpg)
Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia
Profesion kejururawatan negara ini diiktiraf di peringkat dunia apabila keupayaan dan kemahiran jururawat Malaysia diterima baik.
![Nelayan lega kerajaan persekutuan tegas tangani isu tambak laut Nelayan lega kerajaan persekutuan tegas tangani isu tambak laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51467470554_HilmiYahaya.jpg)
Nelayan lega kerajaan persekutuan tegas tangani isu tambak laut
Ketegasan kerajaan persekutuan dalam menangani isu tambak laut di negeri ini telah memberikan kelegaan besar kepada penduduk di sini.
![Kementerian Kesihatan tambah 500 ambulans tahun depan - Dr Hilmi Kementerian Kesihatan tambah 500 ambulans tahun depan - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51467470554_HilmiYahaya.jpg)
Kementerian Kesihatan tambah 500 ambulans tahun depan - Dr Hilmi
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata daripada jumlah itu, 120 ambulans akan diagihkan ke hospital dan klinik di Sabah dan Sarawak.
![Wad Diraja HSA belum digunakan kerana belum ada keperluan- Hilmi Wad Diraja HSA belum digunakan kerana belum ada keperluan- Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477734358_HospitalSultanahAm.jpg)
Wad Diraja HSA belum digunakan kerana belum ada keperluan- Hilmi
Hospital sementara Angkatan Tentera Malaysia telah ditempatkan di perkarangan HSA yang menumpukan kepada kes rawatan kecemasan dan mula beroperasi Isnin lalu.
![Perpindahan pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah selesai - Dr Hilmi Perpindahan pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah selesai - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477631246_HospitalSultanahAm.jpg)
Perpindahan pesakit di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah selesai - Dr Hilmi
Bagi memastikan operasi hospital terbabit tidak terjejas, pakar-pakar dan pasukan dari HSA akan dibawa untuk membantu merawat pesakit yang dipindahkan.
!['Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi 'Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51467470554_HilmiYahaya.jpg)
'Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi
Kerajaan tidak bercadang menggantung perkhidmatan syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital, Medivest Sdn Bhd sepanjang tempoh siasatan terhadap kebakaran yang berlaku di HSA.