KANGAR: Kerajaan akan melakukan penelitian semula ke atas semua projek yang berada di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) selepas pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penelitian semula itu turut melibatkan projek-projek di negeri Perlis seperti Perlis Inland Port (PIP), Pelabuhan Sanglang selain projek melibatkan keterjaminan makanan.
Tambah beliau, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya untuk mengupayakan kedudukan ekonomi di negeri itu yang dilihat lebih 'malap' jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
"Soal projek-projek itu, kita (akan) bincang dengan koridor utara (NCER), di mana Menteri Besar (Perlis) telah kemuka kepada kerajaan negeri beberapa projek (seperti) Pelabuhan Sanglang, Inland Port dan sekuriti makanan,
"Itu adalah hal yang (akan) diberi tumpuan tetapi lebih baik kita teliti sedikit (lagi) selepas Bajet (dibentangkan), bulan Februari (saya perlu) tumpu belanjawan (tahun ini), selepas itu baru saya start (untuk teliti)," kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat awam negeri Perlis di Dewan 2020, di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutuan perlu mengadakan perbincangan sebaik mungkin mengenai projek-projek berkenaan memandangkan negara menghadapi kekangan kewangan ketika ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri akan menyusun projek-projek ekonomi negeri dalam memastikan pembangunan sektor berkenaan mampu ditingkatkan sekali gus memberi kesan positif kepada Perlis pada tahun 2023.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan yang sama dengan kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam urusan membabitkan pelaburan di negeri itu.
Pada 20 Disember lalu, Mohd Shukri menyatakan Bajet Perlis 2023 memfokuskan kepada tiga teras iaitu peningkatan ekonomi melalui pelaburan, peningkatan kualiti hidup rakyat dan pembangunan negeri yang mampan.
Bajet sulung kerajaan negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu berjumlah RM293.36 juta melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan bertemakan ‘Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran’.
Abd Hadi Che Awang
Mon Jan 16 2023
Kerajaan akan melakukan penelitian semula ke atas semua projek yang berada di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) selepas pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Bagaimana pameran AISSE tingkatkan usaha menambah baik keselamatan?
Menteri Dalam Negeri berkata pameran AISSE 2025 mampu meningkatkan usaha menambah baik keselamatan secara dinamik.
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
Bayi perempuan ditemukan di hadapan rumah di Simpang Empat
Seorang bayi perempuan ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat Kangar pagi ini.
Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan sejak bencana 1995
Lebih 5,400 orang di Jepun meninggal dunia dalam tempoh 30 tahun lepas akibat tekanan dan keletihan serius disebabkan oleh proses pemindahan selepas gempa bumi dan bencana alam lain.
Ribuan turun protes lantikan Trump sebagai presiden
Ribuan orang berkumpul di Washington pada hari Sabtu untuk memprotes pelantikan Presiden AS yang baru dipilih, Donald Trump, bagi penggal kedua.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Pantai Desaru
Mayat seorang lelaki tempatan tanpa pengenalan diri ditemukan terdampar di Pantai Desaru, Kota Tinggi pada Sabtu pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman dalam kenyataan berkata mangsa yang berkulit putih itu dipercayai warga tempatan berbangsa Cina, berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman dalam kenyataan berkata mangsa yang berkulit putih itu dipercayai warga tempatan berbangsa Cina, berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.
Semua projek NCER akan diteliti semula selepas Bajet 2023 - Anwar
Menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan mengupayakan kedudukan ekonomi Perlis yang lebih 'malap' berbanding negeri-negeri lain.