SANDAKAN:Pemandu bas mini di Sandakan dikehendaki menjalani saringan COVID-19 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Isnin.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung berkata pejabat LPKP Sandakan mengeluarkan arahan itu atas permintaan Pejabat Kesihatan Sandakan.
"Semua pengendali bas mini dikehendaki menjalani ujian swab COVID-19 dilaksanakan kakitangan Pejabat Kesihatan Sandakan bermula 9 pagi esok (Isnin).
Mereka dinasihatkan melakukan apa yang diperlukan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Polis 1967 serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.
Chin berkata LPKP Sandakan juga akan membantu pemandu bas mini bagi mendapatkan Kod Respon Pantas MySejahtera untuk mereka memantau penumpang mereka, sambil menambah bantuan sama akan dihulurkan kepada pemandu teksi dan pengendali bas sekolah.
"Ada lagi pemandu yang belum mendaftar untuk Kod Respon Pantas, sama ada mereka tidak nampak keperluannya atau mereka tidak tahu untuk membuatnya. Pejabat LPKP Sandakan akan membantu mereka dalam hal ini," kata beliau.
Chin mengingatkan semua penumpang, pemandu dan pekerja di dalam sektor pengangkutan awam seperti bas, teksi dan perkhidmatan e-haling tentang keperluan memakai pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan sebelum dan selepas menaiki kenderaan pengangkutan awam, mengamalkan penjarakan fizikal dan mengurangkan kapasiti penumpang yang dibenarkan kepada 50 peratus, sementara penumpang bergejala tidak dibenarkan menaiki kenderaan pengangkutan awam.
Pengendali pengangkutan awam juga diingatkan supaya memastikan kebersihan kenderaan mereka selepas setiap perjalanan dan di akhir waktu operasi di terminal atau depoh," kata beliau.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Bas Mini Sandakan Mohd Harun Ramli mengesahkan persatuan itu menerima arahan berkenaan dan berkata lebih daripada 300 pemandu bas akan terlibat dalam saringan itu.
Beliau berkata pemandu bas, termasuk ahli jawatankuasa bagi setiap laluan bas di Sandakan sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 04 2020

Pemandu bas mini di Sandakan dikehendaki menjalani saringan COVID-19 di Dewan Masyarakat Sandakan. - Gambar fail/BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

11 maut nahas babit kereta api, bas mini di Jawa Timur
Nahas berlaku ketika bas mini itu melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang.

12 maut bas rempuh lori kontena
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas mini merempuh lori kontena di Maharashtra, barat India pada Ahad, lapor Xinhua.

24 penumpang maut bas jatuh gaung
Bas berkenaan sedang membawa penumpang ke sebuah pasar sebelum ia hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung.

17 maut dalam nahas jalan raya di Tanzania
Nahas berlaku di Mombo, 284 kilometer utara bandar komersial Dar es Salaam.

20 terbunuh di Mesir, bas mini terjatuh dalam terusan
Kementerian Kesihatan berkata 18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat.

7 maut dalam nahas bas mini bawa pesakit warga emas
Nahas berlaku di lebuh raya berhampiran bandar Marechal Candido Rondon, 163 kilometer dari bandar Foz do Iguazu.

Dua maut, seorang parah dilanggar ketika tukar tayar bas mini
Mangsa yang maut merupakan pemandu bas mini dan konduktornya manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah.

Pemandu bas positif COVID-19, operasi bas henti-henti dan bas mini dihentikan
Terdapat beberapa lagi pemandu bas disyaki positif selepas satu saringan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan, pada pagi Isnin.

Semua pemandu bas mini di Sandakan dikehendaki jalani saringan COVID-19
Pemandu bas mini di Sandakan dikehendaki menjalani saringan COVID-19 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Isnin.

Tinggal 'beg' bawah kerusi, 12 maut bas mini meletup
Letupan berlaku ketika bas tersebut melalui sebuah pos pemeriksaan tentera Iraq, kira-kira 10 kilometer di selatan Karbala, menuju ke arah bandar al-Hilla.