Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan semua calon Naib Presiden UMNO, termasuk beliau sendiri, mempunyai peluang sama rata bagi memenangi jawatan itu pada pemilihan parti Sabtu ini.
Beliau berkata soal penyandang jawatan dan populariti tidak timbul kerana setiap calon memiliki kelebihan tersendiri.
"Dalam pemilihan peringkat sayap Sabtu lepas, didapati penyandang jawatan mempunyai kelebihan dan menjadi pilihan perwakilan kerana mereka lebih dikenali.
"Bagaimanapun, saya melihat kelainan pada jawatan Naib Presiden kerana semua calon sememangnya dikenali. Mereka pernah atau masih memegang jawatan, termasuk sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Jadi, peluang menang sama rata.
"Saya pasti perwakilan boleh melihat keupayaan calon yang bertanding melaksanakan gerak kerja dan menyumbang kepada parti," katanya kepada pemberita selepas bertemu Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat bahagian yang baharu seluruh Kedah di sini pada Isnin.
Mengulas prestasi calon dari Kedah yang bertanding di peringkat sayap pusat agak tercorot, Mukhriz berkata ada kalanya sukar untuk meramal keputusan yang dibuat perwakilan.
"Apapun saya melihat proses pemilihan kali ini adalah sihat. Para perwakilan mempunyai banyak pilihan dan mereka membuat keputusan memilih orang yang terbaik dalam kalangan terbaik.
"Kedah tidaklah gagal semuanya kerana masih ada lagi calon yang berjaya dipilih iaitu beberapa wakil dalam Exco Wanita dan Puteri selain Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda," katanya.
Mukhriz, yang turut ditanya berhubung tindakan perwakilan yang dikatakan tidak menyokong calon dari Kedah, secara berseloroh berkata beliau berharap perkara itu tidak berlaku kepadanya.
Bernama
Mon Oct 14 2013
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Pejuang mohon sertai Perikatan Nasional
Keputusan itu tidak dibuat berseorangan, sebaliknya mendapat persetujuan Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang dua hari lalu.
69 Ketua UMNO DUN Bukit Lada setuju Mukhriz lepas jawatan jika tidak sokong Najib
Mereka nasihatkan Ahmad agar tidak menarik balik kenyataan yang disiarkan menerusi media massa sebelum ini serta tidak membuat permohonan maaf.
Perebutan jawatan Naib Presiden Umno: Mukhriz paling digemari 'netizen'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat begitu mendahului peratusan undi bagi merebut satu dari tiga jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan yang bakal menjelang tiba.