Semua 139 ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah mengemukakan borang akuan pengisytiharan harta kepada Dewan Rakyat setelah tempoh berbuat demikian berakhir hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata mereka adalah antara 160 ahli Parlimen yang telah menyerahkan borang akuan itu selain BN seramai tiga orang, GPS (14); PSB, PBRS dan PBS masing-masing satu.
Sementara seramai 62 ahli Parlimen lagi belum berbuat demikian iaitu BN 38 orang, PAS (18), GPS (tiga), STAR (satu) dan bebas dua.
"Rekod saya menunjukkan semua ahli Parlimen PH telah mengisytiharkan harta mereka kepada Speaker Dewan Rakyat dengan satu salinan pengisytiharan telah diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Bermakna selebihnya daripada GPS, PAS dan rekod menunjukkan satu atau dua dari BN yang telah memfailkan pengisytiharan mereka," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.
Pada 1 Julai lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, anak serta pemegang amanah dalam Akuan Berkanun dalam tempoh tiga bulan sebelum ia dilanjutkan pada 5 Dis.
Di bawah Perintah Parlimen juga, ahli Parlimen boleh didenda RM1,000 atau digantung daripada Dewan sekiranya tidak berbuat demikian.
Dalam pada itu Liew berkata kelewatan penyerahan borang akuan pengisytiharan harta hanya dibenarkan kepada ahli Parlimen yang telah meminta kebenaran daripada pihak Speaker Dewan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 05 2019

LIEW: Rekod saya menunjukkan semua ahli Parlimen PH telah mengisytiharkan harta mereka kepada Speaker Dewan Rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Semua ahli Parlimen PH telah isytihar harta - Liew
Semua 139 ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah mengemukakan borang akuan pengisytiharan harta kepada Dewan Rakyat setelah tempoh berbuat demikian berakhir hari ini.