KUALA LUMPUR:Sembilan sungai di Pahang masih melepasi para bahaya sehingga jam 10.30 pagi ini berbanding 11 sungai semalam.

Menurut laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan kesemua sembilan sungai itu dilaporkan di beberapa lokasi membabitkan di Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Jerantut, dan Temerloh.

Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut catat paras bahaya tertinggi dengan 56.13 meter lebih 4.13 meter paras bahaya.

Diikuti Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis dengan paras 65 meter lebih tiga meter paras bahaya.

Tiga stesen di Sungai Pahang melepasi paras bahaya iaitu di Lubuk Paku Maran, Paloh Hinai Pekan dan di Temerloh (Lubuk Pasu).

Sungai lain adalah Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Kuantan Bypass, Sungai Jelai di Bukit Betong serta Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan.

Dalam pada itu, tiga sungai di Terengganu melepasi paras bahaya iaitu melibatkan Sungai Cherul di Jambatan Ban. Ho dan Sungai Kemaman di Rumah Paya Paman masing-masing di Kemaman dan Sungai Nerus di Kampung Langkap di Setiu.

Manakala di Johor, satu sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat.