Sembilan lelaki ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan insiden penyokong bola sepak Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, Ahad lepas.
Majistret Farah Azura Mohd Saad mengeluarkan perintah reman itu bagi membolehkan kesemua suspek berumur antara 19 dan 29 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh.
Insiden itu berlaku apabila sekumpulan penyokong Harimau Malaya, yang kecewa setelah Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.
Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam cedera dipukul.
Pada aksi kedua di di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, semalam, Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Vietnam 4-2.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata sembilan suspek itu adalah antara 15 lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kesemua lelaki itu ditahan di sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor antara 10.30 malam tadi hingga awal pagi ini.
"Kita masih perlukan kerjasama baki enam individu lagi yang gambar mereka telah disiarkan di media untuk segera tampil bagi membantu pihak kami mempercepatkan siasatan.
"Kita jangka kita akan selesai siasatan dalam masa terdekat dan seterusnya merujuk kes ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, petang ini.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Thailand dalam aksi timbal balik di Bangkok pada 17 Dis dan Shah Alam pada 20 Dis.
Bernama
Fri Dec 12 2014

9 lelaki ditahan reman 4 hari bagi membantu siasatan insiden penyokong Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Sembilan lelaki cetus kekecohan di Stadium Shah Alam direman sehingga Isnin
Sembilan lelaki ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan insiden penyokong bola sepak Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014.