Malaysian Golf Association menafikan bahawa dakwaan kerajaan membenarkan pembukaan semula kelab golf sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat garis panduan tertentu dipatuhi.

Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook, Malaysian Golf Association meminta pihak yang tidak bertanggungjawab agar segera menghentikan berita palsu itu.


“Ada berita palsu di media sosial bahawa kerajaan membenarkan kelab golf dibuka padq waktu PKP.

“Perbuatan itu sungguh tidak bertanggungjawab dan dalam tempoh yang tidak menentu seperti sekarang, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.

“Hentikan penularan berita palsu di media sosial. Tolong duduk rumah dan kekal selamat,” katanya.