Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih 'DBKL Mobis' bagi memudahkan orang awam menyemak dan membuat pembayaran notis kompaun trafik DBKL secara dalam talian.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store untuk pengguna peranti mudah alih IOS.
"Aplikasi ini memudahkan orang ramai membuat semakan dan pembayaran serta-merta dengan lebih pantas tanpa perlu hadir ke kaunter atau menunggu notis dihantar ke rumah.
"Orang ramai disaran merebut peluang tawaran diskaun yang masih berjalan untuk selesaikan bayaran kompaun sebelum ia berakhir pada 30 Jun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi baharu itu di sini, hari ini.
Beliau berkata aplikasi itu akan dipertingkatkan dengan tambahan dua lagi modul iaitu Modul Semakan dan Bayaran Cukai Taksiran serta Modul Semakan dan Bayaran Lesen Perniagaan yang dijangka siap pada Ogos ini.
Mhd Amin berkata aplikasi itu turut menyediakan talian Hotline DBKL serta senarai lokasi Pejabat Kaunter Bayaran yang dihubungkan terus kepada aplikasi pandu arah menerusi 'Waze' dan 'Google Map'.
Katanya, penghasilan aplikasi mudah alih inisiatif kakitangan DBKL itu sekali gus meningkatkan produktiviti, kualiti penyampaian perkhidmatan DBKL serta tahap kepuasan pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 30 2018

DBKL Mobis boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store untuk pengguna peranti mudah alih IOS. -Foto Google Play

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Semak, bayar kompaun trafik DBKL guna aplikasi 'DBKL Mobis'
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store untuk pengguna peranti mudah alih IOS.