PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menumpaskan satu sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin dikenali sebagai 'Ibu Ani', yang dipercayai telah beroperasi di sekitar Lembah Klang sejak tiga tahun lalu.
Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata sindiket Ibu Ani, bertanggungjawab menguruskan tempat penginapan, makan dan minum serta kenderaan, bagi pergerakan pendatang asing tanpa izin keluar dan masuk Malaysia melalui jalan tidak sah.
"Sindiket tersebut tumpas susulan maklumat yang diperoleh dari 25 orang pendatang asing tanpa izin, enam orang ejen laut dan darat, yang ditahan di bersama bot penyeludup oleh APMM bersama agensi penguatkuasa lain dalam Op Benteng, di perairan Pulau Angsa dan persisiran Pantai Sungai Janggut, Jumaat lepas.
"Rentetan daripada penahanan tersebut, beberapa serbuan dibuat di beberapa lokasi dan premis di Flat Kuchai Lama, Kuala Lumpur yang membawa kepada penahanan seorang wanita yang dikenali Ibu Ani, 56, berasal dari Indonesia," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohammad Rosli berkata turut dirampas semasa serbuan adalah sebuah bot, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), dua van dan beberapa telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM450,000.
"Kesemua suspek yang ditahan akan disiasat dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan juga Akta Imigresen 1969/63," katanya.
Mohammad Rosli berkata pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dengan memberi tumpuan terhadap tekong atau ejen-ejen terlibat dan dipercayai dalang sebenar, iaitu seorang warga asing masih belum ditangkap.
Beliau berkata sindiket-sindiket pendatang asing tanpa izin kini bersaing sesama sendiri dan menawarkan 'pakej lengkap' bernilai antara RM1,500 hingga RM2,000, serta testimoni keberkesanan aktiviti mereka turut diedarkan di Whatsapp.
Mohammad Rosli turut mengingatkan pemilik kenderaan sewa tempatan agar berwaspada kepada siapa mereka sewakan, dan jika didapati pendatang asing tanpa izin bersubahat, maka kenderaan tersebut akan disita dan pemiliknya dikenakan tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021

Mohammad Rosli berkata sindiket Ibu Ani menguruskan tempat penginapan, makan dan minum serta kenderaan, bagi pergerakan PATI keluar dan masuk Malaysia melalui jalan tidak sah. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Seludup PATI keluar dan masuk Malaysia, APMM Selangor tumpaskan sindiket 'Ibu Ani'
Kesemua suspek akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan juga Akta Imigresen 1969/63.