KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengesan modus operandi (MO) baharu penyeludup dadah iaitu melalui jalan laut di perairan negeri itu, setelah berjaya merampas 18.7 kilogram syabu bernilai lebih RM674,000 di Marang Ahad lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata rampasan di tepi pantai di Kampung Rhu Kubur, Jambu Bongkok di Marang kira-kira 8 malam itu, adalah susulan daripada laporan awam yang menemukan satu guni dipercayai ditinggalkan tiga individu mencurigakan di kawasan itu.
"Orang awam ini terlihat suspek sedang mengangkat sesuatu objek dengan tergesa-gesa, namun bila suspek ternampak orang awam, mereka melarikan diri dengan sebuah kenderaan dan meninggalkan satu guni di situ.
"Orang awam itu kemudiannya memeriksa guni yang diikat dengan pelampung dan mengesyaki terdapat bahan terlarang di dalam guni tersebut lalu segera menghubungi pihak polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan polis kemudiannya menemukan 17 peket yang berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu, dibungkus dalam plastik teh Cina, terdapat di dalam guni berkenaan.
"Penyeludupan melalui jalan laut pesisir pantai ini bukanlah kelaziman di Terengganu, ini yang pertama kami kesan, jadi polis percaya ekoran operasi besar-besaran termasuk Op Benteng, ia telah mendorong suspek mengubah MO mereka.
"Polis percaya guni berkenaan telah terapung selama beberapa hari (sebelum diangkut ke darat). Kami juga syak suspek menggunakan pesisir pantai ini sebagai transit sebelum mengedarkan dadah itu ke pasaran tempatan termasuk di luar Terengganu," katanya yang turut mengesyaki dadah itu diseludup dari luar negara.
Menurut Rohaimi syabu itu dianggarkan boleh menampung lebih kurang 94,000 penagih.
"Setakat ini belum ada tangkapan, semua ketua polis daerah yang mempunyai pesisir pantai sudah diminta untuk melakukan risikan lanjut dan bekerjasama rapat dengan masyarakat setempat dan meminta mereka melaporkan segera kepada polis jika terdapat sebarang kegiatan mencurigakan," katanya.
Beliau berkata lokasi kejadian yang gelap dan jauh dari kediaman penduduk merupakan antara faktor yang dipercayai mendorong suspek melakukan kegiatan jenayah di kawasan terbabit.
"Mungkin selepas ini kami boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan supaya memasang lampu di kawasan atau spot yang kami syaki berpotensi berlaku kegiatan jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Rohaimi (dua kanan) menunjukkan dadah jenis syabu seberat 18.7 kilogram bernilai RM674,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. --fotoBERNAMA
Agenda AWANI: MIHAS@Dubai 2024 - Apa Kita Bawa Pulang?
Sejauh mana MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung baru-baru ini di UAE telah membuka jalan baharu bagi perniagaan Malaysia meneroka pasaran Timur Tengah yang lebih luas? Apa perancangan penganjuran MIHAS selepas ini? Diskusi 9 malam
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
[INFOGRAFIK] Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut adalah info berkenaan dengan pangkalan haram Sungai Golok.
Ahmad Nawab ibarat bapa kepada saya - Ramlah Ram
Beliau yang ditemui ketika menghadiri perjalanan terakhir maestro muzik tanah air itu di Gombak kelihatan sebak sepanjang masa, berkali-kali juga mengesat air matanya yang langsung tidak tertahan daripada gugur.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
604 individu ditahan, rampas barang subsidi lebih RM87 juta
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120 kali
OPPO secara rasmi melancarkan siri flagship Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Siri OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120x
OPPO secara rasmi melancarkan flagship siri OPPO Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Agenda AWANI: COP29 - Kuasa ASEAN Adaptasi Perubahan Iklim
Mengapa isu perubahan iklim harus ditangani secara bersama dan bergerak sebagai satu kuasa rantau ASEAN? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
2 warga India ditahan cuba seludup dadah bernilai RM717,000
Anggaran jumlah rampasan adalah RM717,000.
Warga Malaysia cuba seludup dadah di Sydney dijatuhi hukuman penjara 6 tahun
Seorang rakyat Malaysia yang cuba menyeludup methamphetamine bernilai lebih A$1 juta melalui Lapangan Terbang Sydney dijatuhi hukuman penjara enam tahun.