PUTRAJAYA: Kementerian Luar (KLN) memberi perhatian serius dan memantau rapat kes yang melibatkan rakyat Malaysia menyeludup emas ke Bangladesh.
Kementerian itu dalam satu kenyataan malam ini mengesahkan telah menerima memorandum daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang memohon kerajaan Malaysia untuk membantu tiga warganegara Malaysia yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup (maksimum 30 tahun) atas kesalahan menyeludup 45 kilogram emas ke Bangladesh pada 2015.
Ketiga-tiga mereka telah melalui proses mahkamah dan dijatuhkan hukuman pada 2018.
Selain mereka, terdapat tiga lagi warganegara Malaysia yang sedang menjalani hukuman penjara di Bangladesh atas kesalahan yang sama, menurut kenyataan itu.
Kesalahan penyeludupan emas di Bangladesh merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman mati.
"Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh telah mengadakan siri-siri pertemuan dengan tahanan warganegara Malaysia tersebut untuk menghulurkan bantuan konsular dan mengadakan perbincangan dengan pihak peguam yang dilantik dalam usaha membantu mereka sewajarnya.
"Selain itu, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga telah mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dalam mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkuasa Bangladesh termasuk melalui pertemuan peringkat tinggi dengan pihak kerajaan negara itu ke arah membantu serta mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kes ini," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar turut menasihatkan warganegara Malaysia yang berada di negara asing untuk sentiasa peka dan menghormati undang-undang negara berkenaan serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
![Seludup 45kg emas, KLN sah 3 rakyat Malaysia dihukum penjara seumur hidup di Bangladesh Seludup 45kg emas, KLN sah 3 rakyat Malaysia dihukum penjara seumur hidup di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670599321_ExUnitTrustcons.jpg)
Kesalahan penyeludupan emas di Bangladesh merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman mati. - Gambar hiasan
![Hukuman mati kes Zulfarhan: 'Keputusan Mahkamah Rayuan detik suram kehakiman negara' - Suhakam Hukuman mati kes Zulfarhan: 'Keputusan Mahkamah Rayuan detik suram kehakiman negara' - Suhakam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635842964_Zulfarhan.jpg)
Hukuman mati kes Zulfarhan: 'Keputusan Mahkamah Rayuan detik suram kehakiman negara' - Suhakam
Suhakam dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia percaya bahawa hukuman mati bukan satu penyelesaian yang adil atau efektif.
![Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721902820_TBAhmadMaslan.jpg)
Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi pampasan kepada 177 pemilik rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang laluan pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU).
![1,000 hari pertama tempoh kritikal pemakanan anak-anak - Pakar 1,000 hari pertama tempoh kritikal pemakanan anak-anak - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721879684_SyedAbdulKhaliq.jpg)
1,000 hari pertama tempoh kritikal pemakanan anak-anak - Pakar
Tempoh berkenaan merupakan tempoh kritikal tumbesaran fungsi organ terutamanya otak.
Perbelanjaan pengguna merosot, ekonomi Korea Selatan mengecut
Data daripada Bank of Korea (BOK) menunjukkan Keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tempoh April-Jun jatuh 0.2 peratus daripada suku sebelumnya dalam terma pelarasan musim.
Bank perdagangan di China turunkan kadar faedah deposit
Bank terbabit iaitu Bank Perindustrian dan Komersial China, Bank Pertanian China, Bank of China, China Construction Bank dan Bank of Communications, mengumumkan pengurangan kadar yang setara dalam tiga kategori deposit.
Selangor sasar penyumbang pelaburan terbesar negara tahun ini
Selangor meneruskan fokus untuk mengekalkan prestasi sebagai negeri penyumbang pelaburan terbesar di negara ini menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024
Pelaburan SEZ: Indonesia laksana pengecualian cukai baharu, pemilikan asing penuh
Indonesia turut merancang untuk menambah empat lagi SEZ kepada 22 kawasan ekonomi sedia ada, dengan nilai pelaburan keseluruhan 161 trilion rupiah (AS$9.9 bilion).
IP Malaysia naik 3.8 peratus, ekonomi kekal berdaya tahan - DOSM
Pada asas bulan ke bulan, IP meningkat 0.8 peratus, disumbangkan oleh bilangan syarikat baharu yang didaftarkan pada Mei 2024.
Perumahan: KRI cadang skim ‘bina dan jual’, lindungi pembeli
Di bawah sistem ini, pembeli rumah tidak akan menanggung risiko komersial dan pembinaan yang berkaitan dengan pembangunan perumahan.
![Menteri Luar ASEAN setuju wujudkan Draf Komuniti ASEAN 20 Tahun Menteri Luar ASEAN setuju wujudkan Draf Komuniti ASEAN 20 Tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721902205_TBTokMat.jpg)
Menteri Luar ASEAN setuju wujudkan Draf Komuniti ASEAN 20 Tahun
Menteri-Menteri Luar ASEAN hari ini bersetuju mewujudkan satu Draf Komuniti ASEAN 20 Tahun yang akan bermula pada tahun hadapan sehingga 2045.
![Pihak berkuasa Chennai gagalkan cubaan seludup 740 gram emas penumpang Malaysia Pihak berkuasa Chennai gagalkan cubaan seludup 740 gram emas penumpang Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678344303_barangkemas.jpg)
Pihak berkuasa Chennai gagalkan cubaan seludup 740 gram emas penumpang Malaysia
Wanita itu dilaporkan tiba dari Malaysia pada Selasa dengan menaiki penerbangan Indigo.
![Seludup 45kg emas, KLN sah 3 rakyat Malaysia dihukum penjara seumur hidup di Bangladesh Seludup 45kg emas, KLN sah 3 rakyat Malaysia dihukum penjara seumur hidup di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670599321_ExUnitTrustcons.jpg)
Seludup 45kg emas, KLN sah 3 rakyat Malaysia dihukum penjara seumur hidup di Bangladesh
Kementerian Luar (KLN) memberi perhatian serius dan memantau rapat kes yang melibatkan rakyat Malaysia menyeludup emas ke Bangladesh.