JANGAN cuba meniru selfie yang dilakukan pekerja penyelenggara di atas puncak Menara Kuala Lumpur ini.
Mereka adalah golongan profesional yang melakukan apa sahaja kerja penyelenggaraan di tempat tinggi, termasuklah di Menara Kuala Lumpur.
Gambar selfie mereka mula menjadi viral hari ini bukan sahaja kerana berlatarbelakangkan keindahan kehijauan di bandar Kuala Lumpur, malah ia juga sangat ekstrem untuk dilakukan pada kedudukan yang sangat tinggi.
Menurut salah seorang daripada mereka, Shamsul Idzwan Shamsuddin, mereka adalah kakitangan Ropequest Sdn Bhd yang pakar dalam mencapai ke kawasan tinggi dengan menggunakan tali.
"Kami melakukan apa sahaja kerja di tempat tinggi yang menggunakan tali. Di atas menara, kami membuat penyelenggaraan lampu isyarat yang digunakan bangunan tinggi sebagai amaran kepada pesawat dan helikopter supaya tidak bertembung dengan bangunan itu," kata Shamsul.
Ropequest berkhidmat sebagai subkontraktor kepada AACWL TECH Sdn Bhd untuk kerja-kerja penyelenggaraan di Menara KL.
Tambah Shamsul lagi, mereka melakukan kerja penyelenggaraan untuk bangunan tinggi sebanyak dua kali dalam setahun, iaitu pada pertengahan tahun dan hujung tahun.
Pasukan Ropequest mempunyai pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan apabila terlibat dengan pelbagai projek mendaki bangunan pencakar langit.
Walaupun berpangkalan di Johor Bahru, mereka melakukan penyelenggaraan untuk Menara Berkembar Petronas (KLCC), Bangunan UMNO di Pulau Pinang, Jambatan Desaru di Johor, selain apartmen atau flat untuk melakukan kerja baik pulih.
Ian Johan Ariff
Tue May 19 2015
Pasukan Ropequest mempunyai pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan apabila terlibat dengan pelbagai projek mendaki bangunan pencakar langit.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Selfie ekstrem tapi profesional
Selfie beramai-ramai di atas puncak Menara Kuala Lumpur dilakukan pakar yang mengendali kerja penyelenggaraan di tempat tinggi.