KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 menjadi benteng akhir paling ampuh yang berjaya mengelak negara terjerumus ke lembah krisis pentadbiran.
Mengimbau detik suram dalam lipatan sejarah negara itu, Al-Sultan Abdullah yang menaiki takhta pada 31 Jan 2019 untuk memayungi kesejahteraan jelata, diuji dengan tanggungjawab amat berat apabila menyaksikan pentadbiran kerajaan Persekutuan bertukar tiga kali dalam tempoh kurang lima tahun selepas PRU14.
Berkongsi pengalaman sebagai antara individu yang paling dekat dengan Seri Paduka ketika itu, bekas Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata beliau menjadi saksi melihat Al-Sultan Abdullah cukup tenang menangani badai politik yang melanda negara ketika itu.
"Baginda menitikberatkan pendekatan diplomasi berbanding konfrontasi, malah memilih pendekatan bermusyawarah apabila membabitkan keputusan besar negara termasuk mengadakan mesyuarat bersama-sama Raja-Raja Melayu.
"Itulah perwatakan sebenar Al-Sultan Abdullah yang menerima pendedahan dari segi kursus-kursus diplomatik ini ketika menuntut di Sandhurst, United Kingdom lagi, selain peranan baginda selaku Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Naib Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)," katanya kepada Bernama.
Ahmad Fadil yang kini bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga menyifatkan Al-Sultan Abdullah sebagai individu berpandangan jauh dengan setiap keputusan diambil baginda adalah berpaksikan kepada kepentingan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.
Beliau berkata walaupun perkara yang dititahkan dalam satu-satu perkara kadangkala tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya, Seri Paduka tetap berlapang dada tanpa menzahirkan kemurkaan kepada pihak terlibat.
Menurut Ahmad Fadil selain pertukaran empat kali Perdana Menteri melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi Parlimen tergantung pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) juga menyerlahkan kewibawaan Seri Paduka selaku tiang seri kepada keamanan serta nadi kepada perpaduan negara.
Bagi pakar Perlembagaan Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz, Al-Sultan Abdullah telah menggunakan sepenuhnya dan sebaiknya kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mengelak negara terjerumus dalam krisis pentadbiran dan kemelut politik berterusan.
Mengambil contoh peletakan jawatan Dr Mahathir, Shamrahayu berkata Seri Paduka membuktikan kewibawaan baginda apabila melantik Dr Mahathir sendiri sebagai Perdana Menteri interim bagi memastikan negara sentiasa memiliki ketua kerajaan dan urusan pentadbiran boleh dilaksanakan sementara penggantinya dimuktamadkan.
"Situasi Parlimen tergantung yang pertama kali berlaku dalam sejarah negara pasca-PRU15 lepas sekali lagi membuktikan kewibawaan Yang di-Pertuan Agong menerusi titah cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan sekali gus menokhtahkan kemelut yang membelenggu," kata Shamrahayu yang juga Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sementara itu penganalisis politik Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed menyifatkan keberanian Al-Sultan Abdullah dalam membuat keputusan penting dengan turut mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu adalah kunci dalam kejayaan menangani semua krisis yang berlaku.
"Pada saat kematangan ahli politik hanyut dalam pergelutan kuasa, tidak lagi boleh diharapkan untuk menyelesaikan masalah dan menjaga kebajikan rakyat serta negara, kredibiliti Al-Sultan Abdullah dan institusi Raja Berpelembagaan itulah menjadi benteng terakhir dan harapan tunggal rakyat untuk menyelamatkan negara.
"Jika tidak, kita mungkin terjerumus ke dalam konflik berpanjangan sehingga negara tidak stabil, rakyat menderita akibat kelembapan ekonomi, malah tidak mustahil menyaksikan campur tangan kuasa asing dalam urusan dan dasar negara," kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia itu.
Dalam pada itu, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Prof Dr Azmi Hassan berkata legasi pemerintahan Al-Sultan Abdullah yang melalui gelora politik wajar dijadikan iktibar bahawa Raja Berpelembagaan dan institusi diraja bukanlah sekadar satu simbol dan status kedaulatan negara.
"Betul ada yang meremehkan institusi Yang di-Pertuan Agong hanya sebagai simbol monarki berpelembagaan, tetapi apa yang berlaku kita saksikan Al-Sultan Abdullah memberi penyelesaian kepada setiap kebuntuan dalam krisis yang dialami, jelas peranan yang dimainkan itu amat penting.
"Inilah iktibarnya, kebijaksanaan, keberanian Tuanku itu amat diperlukan, apa yang dilakukan Agong itu menyedarkan rakyat betapa pentingnya satu institusi yang tidak berpihak kepada mana-mana dalam menjaga kepentingan negara dan rakyat, iaitu institusi raja kita yang dipandu Perlembagaan," katanya.
Al-Sultan Abdullah akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024

Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 menjadi benteng akhir paling ampuh yang berjaya mengelak negara terjerumus ke lembah krisis pentadbiran. - Gambar fail/Bernama
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.