Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor babi hutan sebelum terjatuh dan digilis kereta.
Mangsa, Mohd Atan Monadam, 52, maut serta-merta di tempat kejadian di Kilometer 4, Jalan Parit Raja Darat, Batu Pahat, 7.30 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Parit Raja Darat menghala ke pekan Parit Raja.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa melanggar seekor babi hutan yang melintas menyebabkan dia terjatuh ke jalan.
"Tidak lama selepas itu, sebuah kereta yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa, motosikal serta babi hutan itu," katanya dalam kenyataan.
Katanya, pemandu wanita berusia 45 tahun itu, tidak cedera namun trauma selepas berlaku kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Hakim Rahman
Sun Apr 09 2017
Keadaan jalan raya yang menjadi lokasi kemalangan pada awal pagi tadi. - Foto PDRM
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Penunggang motosikal maut digilis kereta
Mangsa cedera parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian.
Kanak-kanak perempuan sembilan tahun maut digilis kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut digilis kereta apabila dia dikatakan cuba menahan kereta itu yang sedang mengundur, di Kampung Keledang Luar, Tawar dekat sini, semalam.
Diseret dari Ipoh hingga Kuala Kangsar
Mohamad Haris Mohamad Fuad, 22, berasal dari Taman Desa Jawi, Sungai Jawi, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Selepas langgar babi hutan, penunggang motosikal maut digilis kereta
Mangsa, Mohd Atan Monadam, 52, maut serta-merta di tempat kejadian di Kilometer 4, Jalan Parit Raja Darat, Batu Pahat, 7.30 pagi tadi.