KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman trafik sehingga 31 Disember ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan perkara tersebut berkata, pelanjutan itu adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik melunaskan saman tertunggak mereka.
"PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar yang sama sehingga 31 Disember ini.
"Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai tidak perlu hadir program ini (100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia) semata-mata untuk menjelaskan saman tersebut.
"Sebalilknya mereka boleh ke semua kaunter-kaunter trafik di seluruh negara," katanya pada sidang media di program tersebut hari ini.
BACA: Tempoh diskaun pembayaran saman JPJ dilanjutkan
BACA: Bayar saman: Balai polis di Shah Alam, Klang sesak
Mengulas lanjut, beliau berkata pelanjutan itu juga akan memastikan orang ramai tidak bersesak di kaunter-kaunter trafik seluruh negara, selain membantu pihak polis meleraikan kesesakan yang berlaku ketika ini.
Ujarnya, sejak 9 Disember sehingga tengah hari tadi, orang ramai telah menyelesaikan hampir 2.3 juta saman trafik di seluruh negara dengan kutipan sekitar RM109 juta.
"Ini menunjukkan orang ramai berhasrat untuk menyelesaikan kes-kes mereka sekiranya mereka diberi peluang.
"Mungkin, sejak dua tahun lalu ramai yang mengalami tekanan akibat pandemik COVID-19.
"Justeru pemberian diskaun ini, mengurangkan kesan impak ekonomi kepada masyarakat," jelasnya.
Acyl Sani bagaimanapun menegaskan diskaun itu tidak bermakna pengguna jalan raya boleh dengan sewenang-wenangnya mengambil ringan terhadap keperluan mematuhi peraturan lalu lintas.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Dec 12 2021

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bercakap pada sidang media selepas meninjau Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
Polis tidak akan sama sekali berkompromi dalam menangani isu itu dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keharmonian negara terpelihara.

Letupan bom Sungai Golok: PGA tingkat rondaan di pangkalan haram, lokasi titik panas - KPN
Tan Sri Razarudin Husain berkata, arahan telah dikeluarkan kepada setiap operatif PGA untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan.

Video hina Islam: Suspek dipercayai berada di luar negara - KPN
Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara.

'Apa perkembangan kes Harith, Cecilia Yap? - Akmal Saleh
Muhamad Akmal meminta pihak berkuasa menjelaskan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan selebriti, Harith Iskander dan Cecilia Yap Song.

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.