SEREMBAN: Seorang warga emas yang hilang selepas mencari lembu ternakannya sejak empat hari lepas ditemukan dalam keadaan lemah di kawasan curam dan berpaya berhampiran kawasan Ecopark Kuala Sawah, Rantau, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata mangsa A. Sivapaki, 74, dijumpai dalam keadaan selamat oleh sepasukan polis dan penduduk kampung setelah dua ekor anjing pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mengesan mangsa di sekitar kawasan berkenaan pada 11.30 pagi.
"Pencarian telah dimulakan pada pukul 9 pagi dan tujuh kumpulan dipecahkan dalam radius pencarian tujuh kilometer di kawasan Kampung Sega Tengah, Kampung Sega Hilir dan Ecopark Kuala Sawah.
"Semasa pencarian di kawasan berpaya dan curam berdekatan kawasan Ecopark Kuala Sawah, dua ekor anjing unit pengesan K9 PDRM itu telah mengesan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata polis bersama penduduk kampung kemudian telah turun ke lokasi berkenaan dan menjumpai mangsa yang berada dalam keadaan lemah.
Nanda berkata usaha mengeluarkan mangsa dilakukan oleh anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan meredah kawasan berpaya itu, kemudian mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk rawatan lanjut.
Beliau juga berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dibantu oleh 81 anggota dan pegawai termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, APM serta penduduk kampung.
Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi pada 31 Jan lepas, Sivapaki dilaporkan tidak pulang selepas menguruskan lembu ternakannya di ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
Nanda berkata usaha mengeluarkan mangsa dilakukan oleh anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan meredah kawasan berpaya. - Gambar fail/BERNAMA
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
Selepas empat hari, nenek hilang ketika cari lembu ditemukan lemah - Polis
Seorang warga emas yang hilang selepas mencari lembu ternakannya sejak empat hari lepas ditemukan dalam keadaan lemah di kawasan curam dan berpaya.