Adik kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut disyaki akibat didera ibu tiri Bandar Dato Onn di sini dipercayai turut menjadi mangsa kepada wanita warga Indonesia itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Mohd Afzanizam Yahaya berkata ia berdasarkan terdapat kesan parut luka di dahi dan badan mangsa yang berusia tiga tahun, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, kanak-kanak lelaki itu kini masih ditempatkan di bawah jagaan polis di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
"Kita sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital, tetapi hasil siasatan awal pemeriksaan semalam, mendapati terdapat kesan parut luka di dahi dan badan mangsa.
"Siasatan mengenai perkara itu sedang giat dijalankan dan pada Ahad ini kita akan serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu laporan polis dibuat oleh ibu kandung kedua-dua mangsa itu.
"Difahamkan wanita tersebut sedang menguruskan pengebumian abang kepada kanak-kanak berusia tiga tahun itu di Rawang, Selangor hari ini (Khamis)," katanya.
Polis percaya kanak-kanak yang meninggal dunia itu menjadi mangsa dera sejak enam bulan lalu, manakala adiknya dalam tempoh tiga bulan lalu.
"Kes kanak-kanak berusia tiga tahun itu dirujuk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Pada Rabu, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas disyaki menjadi mangsa dera ibu tirinya di rumah mereka di Bandar Dato Onn’, di sini.
Mangsa sebelum itu dipercayai pengsan ketika dihantar ke HSI, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan.
Mangsa dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedar diri dan terdapat kesan lebam serta bengkak pada bahagian kanan muka, dada, perut dan kedua-dua betis.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tumpul di bahagian badan.
Susulan itu, bapa dan ibu tiri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 2 Januari depan.
Astro Awani
Thu Dec 27 2018
![Selepas abang, adik pula jadi mangsa dera Selepas abang, adik pula jadi mangsa dera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81435760401_ChildAbuse.jpg)
Adik kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut disyaki akibat didera ibu tiri dipercayai turut menjadi mangsa kepada wanita warga Indonesia itu. -Gambar hiasan
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Bapa dan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera sampai lebam di mata direman Bapa dan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera sampai lebam di mata direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581305174_kanakkanakdidera.jpg)
Bapa dan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera sampai lebam di mata direman
Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang mengalami kecederaan dipercayai didera.
![Budak 11 tahun cedera dipercayai didera ibu tiri Budak 11 tahun cedera dipercayai didera ibu tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581305174_kanakkanakdidera.jpg)
Budak 11 tahun cedera dipercayai didera ibu tiri
Penduduk mengesyaki kanak-kanak itu dipukul selepas sering mendengar dia selalu dimarahi oleh ibu tirinya.
![Selepas abang, adik pula jadi mangsa dera Selepas abang, adik pula jadi mangsa dera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81435760401_ChildAbuse.jpg)
Selepas abang, adik pula jadi mangsa dera
Kanak-kanak lelaki itu kini masih ditempatkan di bawah jagaan polis di Hospital Sultan Ismail.