SHAH ALAM:Kerajaan negeri Selangor melaksanakan tiga inisiatif dalam membendung penularan pandemik COVID-19 termasuk program isolasi pekerja Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sehingga kini seramai 9,056 iaitu 82 peratus daripada 11,000 pekerja tempatan dan warga asing di bahagian kargo telah menjalani ujian saringan COVID-19 dengan hanya tujuh kes, kesemuanya warga tempatan, dikesan positif sejak Khamis lalu.
"Kos saringan akan ditanggung oleh pihak syarikat manakala kos penempatan dalam program isolasi pekerja dari 26 Nov hingga 9 Dis depan akan ditanggung separuh oleh kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata inisiatif kedua pula ialah mengenal pasti lima lokaliti bagi menempatkan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) COVID-19 dan ketiga meningkatkan penyelarasan dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) agar saringan pekerja asing dilakukan dengan kadar segera.
Katanya, PKRC adalah bagi menempatkan pesakit positif yang tidak bergejala (asymptomatic) supaya dapat mengurangkan bebanan dan kepadatan pesakit di hospital COVID-19 sedia ada.
Bagi usaha terakhir, Amirudin berkata kerajaan negeri mengarahkan Jawatankuasa Keselamatan Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk membuat penyelarasan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta PKD agar saringan pekerja asing dilakukan dengan kadar segera.
Langkah itu dilaksanakan seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Amirudin berkata walaupun berlakunya peningkatan kes COVID-19 di negeri ini, namun keadaan masih lagi terkawal.
"Ini kerana kes-kes terbaru itu didapati di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kerajaan negeri percaya bahawa pelaksanaan langkah tersebut akan dapat mengurangkan risiko penyebaran wabak itu.
"Semua inisiatif yang disebutkan memperlihatkan komitmen serius kerajaan negeri dalam usaha menjamin penularan pandemik ini dapat dikawal dan dikekang sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Amirudin berkata sehingga kini seramai 9,056 iaitu 82 peratus daripada 11,000 pekerja tempatan dan warga asing di bahagian kargo telah menjalani ujian saringan COVID-19. -Gambar fail
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Selangor umum tiga inisiatif bendung COVID-19
Kos saringan akan ditanggung oleh pihak syarikat manakala kos penempatan dalam program isolasi pekerja dari 26 Nov hingga 9 Dis depan akan ditanggung separuh oleh kerajaan negeri.