BANTING: Selangor komited untuk memulihara dan memelihara khazanah warisan negeri sekali gus memacu sektor pelancongan, kata Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Borhan Aman Shah.
Beliau berkata usaha berkenaan sebagai langkah memastikan khazanah warisan kekal dinikmati oleh generasi akan datang.
Menurut Borhan dalam usaha memastikan agenda itu berjaya, kerajaan negeri akan mewartakan beberapa bangunan dan lokasi bersejarah di Selangor antaranya Istana Bandar di Jugra, Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh dan kapal korek bijih timah di Dengkil.
"Aset warisan seperti Istana Bandar amat penting sebagai produk pelancongan negeri ini. Oleh itu, permohonan kita (Kerajaan Selangor) juga telah diluluskan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memulihara istana lama ini.
"Proses baik pulih (termasuk kajian kerosakan dan kerja-kerja penyediaan Pelan Pengurusan Pemuliharaan) ini akan mengambil masa tiga atau empat tahun sebelum istana itu boleh dilawati pelancong," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Jejak Warisan Merdeka di Istana Bandar di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC Mohd Yusri Mohd Yusoff.
Sementara itu, Mohd Yusri ketika berucap pada majlis sama berkata pihak MOTAC memandang serius usaha pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan.
"MOTAC telah meluluskan permohonan Kerja-Kerja Pemuliharaan Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) di bawah peruntukan Pemerkasaan Sektor Pelancongan dan Kebudayaan dan Warisan 2022 sebanyak RM350,000 untuk Istana Bandar.
"Selain itu, MOTAC juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM420,000 untuk kajian kerosakan dan kerja-kerja penyediaan Pelan Pengurusan Pemuliharaan untuk Istana Bandar," katanya.
Pada majlis berkenaan, Borhan turut melancarkan buku 'Pemetaan Warisan Bandar-Bandar Diraja Di Malaysia' yang merupakan penerbitan secara bersama Jabatan Warisan Negara dan Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor.
Buku tersebut berkisar aspek seperti teoritikal, tipologi, komponen, elemen, karakter dan nilai warisan serta mitos yang melingkari bandar-bandar diraja tersebut.
Sembilan bandar diraja itu ialah Bandar Diraja Klang (Selangor), Bandar Diraja Arau (Perlis), Bandar Diraja Kuala Kangsar (Perak), Bandar Diraja Seri Menanti (Negeri Sembilan), Bandar Diraja Pekan (Pahang), Bandar Diraja Anak Bukit (Kedah), Bandar Maharani Muar (Johor), Bandar Diraja Chendering (Terengganu) dan Bandar Diraja Kubang Kerian (Kelantan).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023

Borhan (dua, kanan) hadir pada majlis perasmian penutup Karnival Jejak Warisan Merdeka 2023 di Istana Bandar Jugra, Banting, 16 Sept 2023. Turut kelihatan, Mohd Yusri (kanan). --fotoBERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

ANGKASA anjur dialog koperasi ASEAN Mei ini
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menganjurkan Dialog Koperasi ASEAN pada hujung Mei ini sebagai usaha memperkasa peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serantau.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

250 acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak - Abdul Karim
Seperti tahun sebelumnya, Sarawak terus kekalkan acara utama seperti Regata Sarawak dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.

IOI Properties rai hubungan Malaysia-China dengan penganjuran majlis budaya
IOIPG dan Visit IOI Resort City rai hubungan unik Malaysia - China dengan penganjuran China dan M'sia - A Celebration of Culture, Tradition and Culinary Excellence

KLTA seru kerjasama industri lebih kukuh menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Presiden KLTA Syed Azhar Syed Nadzir berkata kerjasama itu penting dalam mewujudkan ekosistem pelancongan yang mampan.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.