SHAH ALAM : Kerajaan negeri menyenarai hitam 12 pembekal lembu dan kambing bagi Program Sumbangan Korban Negeri Selangor pada tahun lepas.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia selepas kerajaan negeri menerima banyak aduan membabitkan binatang korban diterima lewat selain saiz lembu dan kambing tidak memenuhi syarat.
"Pembekal yang tiada masalah akan diteruskan kerjasama namun perlu juga melalui proses pemilihan teliti yang dilaksanakan oleh jawatan kuasa induk.
"Semua pembekal terpilih adalah daripada Selangor yang telah diaudit dan kandang mereka diperiksa," katanya pada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi sumbangan 700 lembu dan 1,000 kambing bagi ibadah korban tahun ini.
Ujarnya, lebih 300 masjid menerima manfaat tersebut selain surau, institusi serta agensi sempena Aidiladha hujung bulan ini.
"Kerajaan negeri berbelanja RM6 juta berbanding lebih RM5 juta tahun lalu disebabkan pertambahan jumlah haiwan yang kita sumbangkan selain peningkatan harga lembu dan kambing tahun ini.
"Setiap masjid terpilih akan menerima sekurang-kurangnya satu ekor lembu. Pemilihan sumbangan ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menumpukan lokaliti yang mempunyai ramai asnaf atau golongan berpendapatan rendah (B40)," katanya.
Dalam pada itu, Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata, seramai 28 pembekal lembu dan 20 pembekal kambing dipilih bagi Program Sumbangan Korban Negeri Selangor tahun ini.
Katanya, peruntukan program turut mendapat kerjasama daripada sembilan anak syarikat kerajaan negeri antaranya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), KDEB Waste Management, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Central Spectrum.
Beliau berkata, peruntukan pada tahun ini meningkat berikutan peningkatan harga lembu daripada RM5,400 kepada RM6,000 selain jumlah lembu korban meningkat daripada 660 ekor kepada 700 ekor. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023
![Selangor senarai hitam 12 pembekal haiwan korban Selangor senarai hitam 12 pembekal haiwan korban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685862071_LEMBU.jpg)
Kerajaan negeri menerima banyak aduan membabitkan binatang korban diterima lewat selain saiz lembu dan kambing tidak memenuhi syarat. - Gambar hiasan
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Suasana cemas, lembu korban terlepas tali kejar jemaah masjid Suasana cemas, lembu korban terlepas tali kejar jemaah masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565507298_lembu.jpg)
Suasana cemas, lembu korban terlepas tali kejar jemaah masjid
Suasana di pekarangan Masjid Al Ansar, Kampung Selalang di sini selepas solat sunat Aidiladha bertukar riuh dan sedikit gempar apabila seekor lembu korban masjid itu terlepas daripada ikatan.