SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan inisiatif Pengurusan Jenazah COVID-19 Berpusat bagi membolehkan masa mengurus jenazah disingkatkan sebaik mungkin bagi mengurangkan kesesakan di ruang simpanan jenazah di beberapa hospital di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif berkenaan akan melibatkan urusan jenazah di tiga hospital bagi semua agama iaitu Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Katanya Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam dan Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Pelabuhan Klang dipilih bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19 beragama Islam.
"Untuk yang bukan Islam, mangsa berkenaan akan dirujuk ke pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan pengebumian dan pengurusan krematorium yang bersesuaian," katanya dalam kenyataan hari ini,
Amirudin berkata pihaknya juga turut berhubung dengan Kementerian Luar bagi menyelaraskan urusan (pengebumian) jenazah bukan warganegara.
Katanya inisiatif berkenaan susulan perbincangan pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Rabu lalu diikuti dengan agensi negeri serta PBT berhubung isu tersebut.
Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata pihaknya akan menyediakan bekalan bakul makanan kepada penduduk tidak lewat 48 jam selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di empat lokaliti di Selangor tengah malam ini.
Beliau berkata saringan COVID-19 akan dilakukan kepada semua penduduk dalam lingkungan PKPD terbabit di mana mereka yang positif akan diasingkan bagi pemantauan serta rawatan bersesuaian manakala yang negatif akan divaksin oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
Lokaliti PKPD berkenaan berkuat kuasa jam 12 tengah malam ini hingga 31 Julai ini ialah Damai Apartment, PJS 8, Mukim Damansara, Daerah Petaling; Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Daerah Klang dan Taman Samudera, Mukim Batu di Daerah Gombak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
Kerajaan Selangor mengumumkan inisiatif Pengurusan Jenazah COVID-19 Berpusat bagi membolehkan masa mengurus jenazah disingkatkan sebaik mungkin. - Gambar fail/BERNAMA
SPU catat jumlah mangsa banjir paling ramai
Daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang antara kawasan yang terjejas teruk apabila seramai 401 mangsa daripada 103 keluarga dipindahkan ke empat pemindahan banjir sementara (PPS).
Peniaga rugi kedai dibadai ombak kuat
Angin kencang dan ombak besar menyebabkan beberapa kedai dan restoran makanan laut di Bagan Ajam, Butterworth mengalami kerosakan akibat di badai ombak.
Ibu dalam pantang lima hari, dua anak oku diselamatkan
Belum sempat hilang sakit melahirkan anak, terpaksa pula berpindah ke pusat pemindahan banjir.
AWANI Borneo [18/09/2024] - Pendapatan Sarawak dijangka meningkat | Kekang kandungan negatif | Himpunkan 40 usahawan Sarawak
Tumpuan Awani Borneo 18 September 2024 bersama Irfan Faruqi
Sarawak akan nikmati pendapatan tinggi tahun ini - Abang Jo.
Sabah sambut baik langkah lesenkan platform media social.
Showcase Usahawan Sarawak 2024 di Johor Bahru sasar jualan RM10 juta.
Sarawak akan nikmati pendapatan tinggi tahun ini - Abang Jo.
Sabah sambut baik langkah lesenkan platform media social.
Showcase Usahawan Sarawak 2024 di Johor Bahru sasar jualan RM10 juta.
Pegawai imigresen kaunter KLIA dicadangkan tidak guna telefon bimbit - Azam Baki
Ia bagi memastikan sindiket 'counter setting' yang membawa masuk warga asing melalui 'laluan kaunter khas' tidak berulang.
Bakal jadi pelabuhan dalam sungai pertama di dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelabuhan ini akan menggunakan konsep terusan, setelah dasarnya didalamkan
Sarawak akan nikmati pendapatan tinggi tahun ini - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan SrI Abang Johari Tun Openg membayangkan wilayah itu sekali lagi akan menikmati pendapatan tinggi pada tahun ini
Sabah sambut baik langkah lesenkan platform media sosial
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masyarakat kini sering melihat bagaimana kandungan berita yang merosakkan telah membanjiri ruang siber khususnya dalam era penyebaran berita digital terutamanya di media sosial.
30 Belia Sabah terima Watikah Felo SMJ 3.0
30 belia Sabah menerima Watikah Pelantikan Sebagai Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 3.0 daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Photowalk Hari Malaysia 2024 tumpu lokasi bersejarah di Sandakan
Program Photowalk Hari Malaysia 2024 di Sandakan memberi tumpuan kepada heritage trail atau jejak warisan di daerah itu antaranya Masjid Jamek yang tertua di Sandakan dan Gereja St Micheal Church
JAIS diarah siasat segera semua rumah amal, sekolah agama di Selangor
Ia bagi memastikan tiada perkara bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar disebarkan di rumah amal dan sekolah agama.
Sidec lancar Twin Accelerator 2024, lonjak PKS dan syarikat pemula Selangor ke pentas global
50 'startup' dipilih untuk ikuti kohort ketujuh Program Pemecut Selangor (SAP24) dan 50 PKS disenarai pendek untuk kohort kedua Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX24).
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
Final Piala FA JDT lawan Selangor, 2,400 anggota polis ditugaskan di SNBJ
Kira-kira 2,400 anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Nur Afrina pecah rekod SUKMA kedua, ungguli final 200m wanita
Nur Afrina terus menampilkan kemampuannya selepas mencipta catatan masa 23.89 saat (s) sekali gus memadam rekod 24.37s yang dilakar pelari dari Perak Noor Eewan Syafiah Mohd Sabri pada edisi 2016.
Kerajaan Selangor akan buka Muzium Tekstil dalam masa terdekat
Kerajaan Negeri Selangor akan membuka Muzium Tekstil dalam masa terdekat sebagai usaha menjaga kesenian warisan tekstil negeri itu.
Siri pertama SIBS 2024 catat RM12.2 bilion nilai transaksi, lepasi sasaran keseluruhan
Tidak hanya mencapai matlamat, malah melepasi sasaran keseluruhan RM7 bilion yang ditetapkan untuk kedua-dua siri SIBS 2024.
Penelitian terhadap Ustaz Don di peringkat akhir - MAIS
Perbincangan dan penelitian terhadap isu berkait penceramah bebas Ustaz Don kini berada di peringkat akhir, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.