KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Selangor mengalami fenomena berkabus, sejak awal pagi tadi.

Menerusi tinjauan di laman sosial, orang ramai teruja turut berkongsi suasana berkenaan yang jarang-jarang berlaku.

Antara lokasi yang diliputi kabus pagi ini ialah Puchong, Bukit Jalil, Putrajaya dan Shah Alam.

Cuaca itu juga mengingatkan ramai dengan cuaca di tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands.